PAKISTAN
Lahore – Islamabad – Skardu – Shigar – Hunza – Hopper – Attabad – Passu – Gilgit – Naram/Besham
11 Hari 9 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR-LAHORE [MM]
- Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki penerbangan ke Lahore.
- Bermalam di Lahore.
HARI 2 : LAHORE-ISLAMABAD [SP|MT|MM]
- Lawatan di Islamabad:
- The Pakistan Monument merupakan monument warisan
yang terletak di kawasan barat Bukit Shakarparian di
Islamabad. Monument ini dibina untuk melambangkan
perpaduan rakyat Pakistan. - Bersolat di Masjid Faisal yang diisytiharkan secara
rasmi sebagai Masjid Negara Pakistan dan merupakan
salah satu masjid terbesar di dunia.
- The Pakistan Monument merupakan monument warisan
- Bermalam di Islamabad.
HARI 3 : ISLAMABAD-SKARDU [SP|MT|MM]
- Bertolak ke Skardu dengan menaiki penerbangan domestik.
- Lawatan di Skardu:
- Melawat Shangrila Resort yang juga digelar sebagai
“Heaven On Earth” disebabkan oleh kawasannya yang dikeliling oleh kecantikkan alam semulajadi yang penuh ketenangan. - Upper Kachura Lake: Tasik air tawar semulajadi yang jernih terletak di Skardu. Tasik ini menjadi tempat hidupan alam semulajadi flora dan fauna dimana anda boleh melihat tanaman bermusim seperti apricot, dan ceri.
- Melawat Shangrila Resort yang juga digelar sebagai
- Bermalam di Skardu.
HARI 4 : SKARDU-SHIGAR-SKARDU [SP|MT|MM]
- Sarfaranga Cold Desert merupakan salah satu keunikkan
di daerah Shigar iaitu salah satu padang pasir yang
mempunyai suhu yang sejuk berbanding padang pasir di
negara lain. Padang pasir ini mempunyai suhu yang rendah
disebabkan kawasan ini terletak pada ketinggian 7500 kaki. - Shigar Fort merupakan mercu tanda bersejarah di Gilgit
Baltistan. Pada abad ke-20, kubu ini ditinggalkan dan
musnah disebabkan oleh bencana alam. Pada tahun 2004,
kerajaan Pakistan menaik taraf semula kubu ini dan
mengubah menjadikan kawasan pelancongan. - Shigar Village terletak di Lembah Shigar yang dikelilingi
oleh kawasan pergunungan dengan Sungai Shigar.
Kampung ini didiami oleh orang Balti berketurunan Tibet. - Bermalam di Skardu..
HARI 5 : SKARDU-HUNZA [SP|MT|MM]
- Rakaposhi View Point juga dikenali sebagai “Zero Point of Rakaposhi” merupakan tempat untuk melihat Gunung Rakaposhi dari jarak yang dekat.
- The Old Silk Route merupakan laluan sepanjang 1300km bermula dari Hassan Abdal sehingga Khunjarab Pass melalui banjaran gunung Karakorum dan kawasan Himalaya.
- Membeli-belah di Karimabad Market yang terkenal dengan kraftangan tempatan rakyat Hunza. Antara barangan yang boleh didapati disini adalah topi sulam, permaidani, kain, selendang serta produk batu permata ‘Ruby’.
- Bermalam di Hunza.
HARI 6 : HUNZA-HOPPER-HUNZA [SP|MT|MM]
- Altit Fort merupakan kubu purba yang berusia 900 tahun. Kubu ini dahulunya didiami oleh seorang pemimpin Hunza bersama keluarganya pada abad ke-11.
- Melihat keindahan Royal Garden di dalam Altit Fort.
- Melawat Altit Old Village iaitu perkampungan kebudayaan di daerah Hunza.
- Hopper Glacier terletak di Lembah Nagar yang merupakan sub lembah yang menakjubkan di Hunza Valley dan merupakan salah satu permandangan ikonik yang ada di daerah Hopper. Lembah Hopper ini terbahagi kepada dua glasier iaitu Barpu Glacier dan Mier Glacier.
- Bermalam di Hunza.
HARI 7 : HUNZA-ATTABAD-PASSU-GILGIT [SP|MT|MM]
- Rasai pengalaman melalui Hussaini Suspension Bridge iaitu salah satu jambatan gantung ekstrem di dunia. Penduduk tempatan menggunakan jambatan ini untuk laluan ke kampung seberang.
- Menaiki bot di Attabad Lake yang terbentuk secara semulajadi selepas terjadinya tanah runtuh di perkampungan Attabad pada tahun 2010.
- Passu Cones terletak di Lebuhraya Karakoram yang merupakan laluan utama sektor perdagangan yang menghubungkan laluan antara Pakistan dan China.
- Bermalam di Gilgit.
HARI 8 : GILGIT-NARAN/BESHAM [SP|MT|MM]
- Junction Point of World merupakan gabungan tiga banjaran gunung besar iaitu Karakoram, HinduKush dan Himalayas.
- Menikmati panorama di kawasan pergunungan Babusar Top.
- Melawat Lulusar Lake iaitu tasik semulajadi yang terbesar di daerah Hazara. Tasik ini menjadi tempat habitat pelbagai spesis burung di Pakistan.
- Bermalam di Naran / Besham.
HARI 9 : NARAN/BESHAM-ISLAMABAD [SP|MT|MM]
- Membeli-belah di Centaurus Mall di Islamabad yang mengumpulkan lebih 250 jenama barangan asli dari Pakistan.
- Bermalam di Islamabad.
HARI 10 : ISLAMABAD-LAHORE [SP|MT]
- Bersolat di Badshahi Masjid yang dibina oleh Maharaja Mughal ke-6 Aurangzeb. Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Pakistan dan masjid kelima terbesar di dunia.
- Membeli belah di Raja/Anarkali Bazaar.
- Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 11 : LAHORE-KUALA LUMPUR
- Tiba di KLIA Terminal 1.
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
BATIK AIR
- Hari 1 : OD131 KUL-LHE [ETD 1715][ETA 2015]
- Hari 10 : 0D132 LHE-KUL [ETD 2150][ETA 0550+1]
- Hari 1 : OD131 KUL-LHE [ETD 1715][ETA 2015]
- Hari 10 : OD132 LHE-KUL [ETD 1620][ETA 0105+1]
- Hari 1 : OD131 KUL-LHE [ETD 1230][ETA 1530]
- Hari 10 : OD132 LHE-KUL [ETD 1620][ETA 0105+1]
- Lahore – Falettis Xpress / Shalimar [1 Malam]
- Islamabad – Grand Islamabad [2 Malam]
- Skardu – Hisper Hotel/Himalaya [2 Malam]
- Hunza – Famree Resort/Fairyland [2 Malam]
- Gligit -Ramada Hotel/Park Hotel [1 Malam]
- Naran/Besham – Village Inn Resort/Royal Hotel [1 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.
-
Tiket penerbangan domestik Islamabad - Skardu kelas ekonomi
-
Penginapan hotel96 malam bertaraf 3/4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Tiket masuk ke tempat lawatan : Shangri La Resort, Khaplu Palace, Shigar Fort, Altit Fort & Hussaini Suspensio Bridge.
-
Pengangkutan sampan Attabad Lake & Upper Kachura
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa di Delhi & Agra
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Urusan permohonan visa (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri)
-
Harga lawatan tambahan (optional tour) : Jeep Safari USD32/pax
-
Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati
-
Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
CHARYN CANYON
Dikenali sebagai Grand Canyon of Kazakhstan, salaj satu tempat pemandangan indah yang boleh didapati di Asia Tengah. Dicipta oleh Sungai Shayn, Charyn Canyon yang mengagumkan telah terhakis lebih dari 12 juta tahun, panjangnya lebih 9km
KOLSAY LAKE
Dikenali sebagai Mutiara Tien Shan, Kolsay Lake adalah satu tempat yang cantik & tersembunyi di Asia Tengah. Tasik ini dikelilingi hutan alpine yang cantik & bunga & beri liar. Tasik ini merupakan kebanggan rakyat Kazakhstan
CENTRAL MOSQUE
The Central Mosque adalah masjid ke-6 terbesar di dunia. Masjid ini dibina semula di atas tapak masjid yang telah terbakar pada tahun 1987. Seniukir & kubah besar masjid ini dihiasi dengan ayat-ayat Al-quran yang disenikan oleh kaligrafer Turki
ALMATY METRO
Melihat keunikan stesen Almaty Metro dimana setiap stesen keretapi ini dibina dengan tema tersendiri yang gah
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.