YUNNAN : KUNMING + DALI + LIJIANG

8 Hari 7 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-KUNMING-SHILIN [MM]

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Kunming.

 HARI 2 : SHILIN-CHUXIONG [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Kunming:
    • Black Stone Forest terkenal kerana bentuk batunya yang unik dan memukau. Batu-batu tersebut terbentuk dari proses geologi yang berlangsung selama ribuan tahun, yang menciptakan pemandangan yang sangat menakjubkan. Tempat ini juga menyediakan jalan dan tangga untuk memudahkan pengunjung meneroka tempat ini. Keindahan alami dan kekayaan sejarah serta budayanya menjadikan Black Stone Forest Shilin sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik dan memikat di daerah ini.
    • Melawat Yi Ancient Town, tempat tarikan pelancong yang menggabungkan keindahan alam, sejarah serta budaya yang kaya dan kehidupan tempatan yang sebenar, menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi sesiapa yang ingin merasakan keindahan masyarakat china yang kuno dan tradisional. Mereka juga terkenal dengan hasil kraftangan
      tempatan yang unik dan berkualiti tinggi. Seperti kain tenun, seramik dan ukiran kayu. Tetamu dapat membeli cenderahati sebagai kenangan semasa berkunjung disini.
  • Bermalam di Chuxiong.

HARI 3 : CHUXIONG-DALI-LIJIANG [SP|MT|MM]

  • Santorini Kunming: Merupakan tempat pelancongan yang
    diilhamkan dari senibina Pulau Santorini di Greece. Pengunjung dapat menikmati pemandangan laut yang cantik, berbelanja di kedai-kedai yang unik. Tempat ini sangat mesra terhadap semua tetamu dari peringkat umur.
  • Lijiang Ancient Town, Sifang Street adalah sebuah bandar lama yang terkenal di China dan memiliki daya tarikan pelancong yang unik. Bandar ini terkenal dengan arsitektur
    silam yang menarik. Seperti rumah traditional, batu yang
    disusun menjadi jalan sepanjang bandar dan sistem air kuno. Tetamu juga akan disajikan dengan pemandangan indah Taman Nasional Gunung Yulong. Dan menjadikan tempat ini adalah daya tarikan bagi mereka yang tertarik dengan sejarah, budaya dan keindahan alam China yang unik.
  • Bersiar-siar di Heilongtan Park yang terkenal dengan pemandangan alam yang menakjubkan terutama pemandangan berlatar belakang Gunung Yulong yang tinggi dan pantulan gunung dan langit di permukaan tasik
    menjadikan ia tempat rekreasi yang popular bagi penduduk
    setempat dan pelancong. Bermalam di Lijiang.
  • Bermalam di Beijing.

 HARI 4 : LIJIANG [SP|MT|MM]

  • Snow Mountain Glacier Park adalah destinasi pelancongan
    yang menawarkan keindahan alam yang megah dengan
    puncak gunung yang dilitupi salji sepanjang tahun. Taman ini mempunyai pelbagai ekosistem, termasuk hutan pinus, hutan birch serta bongkah ais yang mempesonakan. Pengunjung dapat menikmati pemandangan spektakuler dari ketinggian menggunakan kabel gondola. Selain itu, taman ini menawarkan berbagai aktivitas luar ruangan seperti trekking, mendaki, dan mengunjungi desa-desa lokal di sekitarnya. Keberagaman hayati di taman ini menambah daya tariknya sebagai salah satu destinasi alam yang menakjubkan di sini.
  • Ganhaizi adalah padang rumput alpine yang terletak di Jade Dragon Snow Mountain Scenic Area. Daya tarikan utamanya meliputi pemandangan indah Gunung Jade Dragon yang menjulang tinggi menjadi latar belakang, pelbagai spesies tanaman alpine yang langka dan bunga liar yang berwarnawarni, serta udara yang tenang dan damai yang menjadikan tempat ini sempurna untuk bersantai dan menikmati keindahan alam. Ganhaizi juga menawarkan berbagai aktiviti seperti bersiar-siar dan berkhelah.
  • Yushui Village adalah salah satu tarikan pelancongan utama Lijiang, yang menampilkan seni bina Naxi, muzik Naxi purba, dan mural Dongba, serta beberapa landskap semula jadi asal seperti Triple Water. Kampung ini menarik membawa budaya Dongba dan pasti akan menawarkan pengalaman berkualiti kepada tetamu.
  • Melawat dan bersiar-siar di White River + Blue Moon Valley
    adalah destinasi semula jadi yang menakjubkan di wilayah ini. Terkenal dengan airnya yang berwarna putih susu dan berwarna biru pada lembah ini dikelilingi oleh pergunungan
    hijau yang menambah keindahan alaminya. Pengunjung dapat menikmati pemandangan air terjun kecil dan kolam biru yang menakjubkan, serta menjelajahi lanskapnya dengan berjalan kaki di sepanjang pejalanan kaki yang disediakan tepi sungai. Blue Moon Valley menawarkan pengalaman alam yang menenangkan dan memukau, menjadikannya salah satu tarikan utama bagi tetamu yang berkunjung ke Lijiang.

HARI 5 : LIJIANG-BAISHUITAI-LIJIANG [SP|MT|MM]

  • Tiger Leaping Gorge Scenic Area menawarkan pengalaman
    alam yang menakjubkan dengan pemandangan gunung yang eskslusif. Dan air sungai yang mengalir deras di antara gunung menjadikan ianya semakin menarik untuk dirakam di dalam kenangan.
  • Berhenti bergambar di Baishuitai Cotton’s Fort, iaitu salah
    satu tempat yang cantik terletak di kaki Gunung Salji Haba.
    Tarikan utama disini ialah kristal mineral putih yang besar
    sepanjang 140m sehingga 160m lebar berbentuk kolam yang bertingkat. Air mata air yang melimpahi kolam kristal seperti air terjun jernih dari puncak gunung.
  • Bermalam di Lijiang.

HARI 6 : LIJIANG-DALI [SP|MT|MM]

  • Bai Tea Experience merasai pengalaman melihat proses membuat dan merasai budaya teh turun temurun etnik Bai yang menjadi kesukaan dan kegemaran pelancong.
  • Dali Ancient Town: Merupakan diantara tempat pelancongan paling popular di Yunnan. Kota ini dipelihara oleh kerajaan tempatan dengan melarang sebarang pembinaan moden di bandar lama ini. Para tetamu yang berkunjung dapat menik mati kombinasi pengalaman yang unik seperti senibina bersejarah, keindahan alam dan kebudayaan.
  • Bermalam di Dali.

HARI 7 : DALI-KUNMING  [SP|MT|MM]

  • Bersolat di Shuncheng Mosque. Masjid ini telah dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907 M) yang merupakan satu-satunya dinasti di China yang aktif menyebarkan agama islam.
  • West Temple Tower: Tempat tarikan bersejarah di Dali
    Ancient Town. Dibina pada Dinasti Tang, sebuah menara
    pagoda tiga tingkat yang bercirikan senibina khas dan hiasan tradisional.
  • Jinbi Square: Sebuah kota moden di Dali yang menjadi titik
    pertemuan diantara penduduk setempat dan pengunjung.
    Tempat ini mempunyai bangunan rekabentuk sentuhan China yang khas. Tempat ini sering menjadi tuan rumah untuk pelbagai acara komuniti, pertunjukan seni dan festival. Menjadikanya tempat tumpuan bagi pengunjung dan orang tempatan.
  • Nanqiang Market: Dikenali sebagai “Internet Celebrity Night Market” di Kunming, adalah sebuah daerah kebudayaan dan komersial yang mengekalkan gaya dan ciri-ciri bangunan bersejarah, yang meliputi pelbagai format seperti katering, hiburan, dan teater. Nanqiang Street dan Alley adalah salah satu daerah komersial utama di Kunming. Kedai-kedai yang berlampu indah, makanan ringan yang mempesonakan, dan persembahan yang indah menarik ramai pelancong untuk datang setiap malam.
  • Bermalam di Kunming.

HARI 8 : KUNMING-KUALA LUMPUR  [SP|MT]

  • Meluangkan masa di Donnan Flower Market dan merasai
    pengalaman berada di pasar bunga terbesar di Asia. Pasar ini menjadi tarikan popular pelancongan di Kunming kerana pemandangan barisan bunga segar yang tersusun rapi,
    berwana-warni dan keharuman bunga dari pelbagai jenis.
  • Dounan Wetland Park: Taman tema ini adalah kawasan yang dilindungi oleh kerajaan tempatan. Mempunyai ekosistem hutan paya yang pelbagai. Termasuk tasik, paya bakau dan danau. Para tetamu dapat melakukan pelbagai aktiviti melihat kawanan burung dan itik di tasik, berjalan di jambatan kayu serta dan bergambar dengan latar belakang tasik yang indah.
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 5 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan negara yang dilawati

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

TIGER LEAPING GORGE 

Pengalaman alam yang menakjubkan dengan pemandangan gunung
yang eskslusif. Dan air sungai yang mengalir deras di antara gunung menjadikan ianya semakin menarik untuk dirakam di dalam kenangan.

koptravel white river

WHITE RIVER  + BLUE MOON VALLEY

Destinasi semula jadi yang
menakjubkan di wilayah ini.
Terkenal dengan airnya yang
berwarna putih susu dan berwarna biru pada lembah ini dikelilingi oleh pergunungan hijau yang menambah keindahan alaminya. Pengunjung dapat menikmati pemandangan air terjun kecil dan kolam biru yang menakjubkan.

BLACK STONE FOREST

Terkenal dengan rupa bentuk unik yang terdiri dari suasana batu hitam yang menjulang tinggi menyerupai pokok-pokok
besar. Tetamu dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti
mendaki anak tangga dan berjalan di laluan sekitarnya.

koptravel snow mountain glacier

SNOW MOUNTAIN GLACIER PARK

Destinasi pelancongan yang menawarkan keindahan alam yang megah dengan puncak gunung yang dilitupi salji sepanjang tahun. Taman ini mempunyai pelbagai ekosistem, termasuk hutan pinus, hutan birch serta bongkah ais yang
mempesonakan

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online