TURKIYE EK
Istanbul – Bolu – Ankara – Cappadocia – Konya – Pamukkale – Bursa – Istanbul
9 Hari 7 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR -DUBAI-ISTANBUL-BOLU [MM]
- Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Istanbul (transit di Dubai)
- Bermalam di Bolu/Izmit.
HARI 2 : BOLU-ANKARA-CAPPADOCIA [SP|MT|MM]
- Lawatan di Ankara:
- Mosaleum Atarturk: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.
- Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara di mana terletaknya Haci Bayram Mosque dan di sebelahnya peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus.
- Salt Lake: Dikenali sebagai Tasik Tuz adalah tasik kedua terbesar di Turki dengan kawasan permukaan 1,665 km² dan salah satu tasik hipersaline (garam) terbesar di dunia.
- Bermalam di Cappadocia.
HARI 3 : CAPPADOCIA [SP|MT|MM]
- Lawatan di Cappadocia:
- Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang amat indah di sini dengan formasi batuan yang unik.
- Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam kota bawah tanah ini bagi mengelak serangan musuh.
- Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12.
- Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
- Melawat kilang pembuatan barangan tembikar di Avanos Pottery & Art Center dan galeri pemprosesan batu permata Turquoise & Onyx Handmade Store.
- Bermalam di Cappadocia.
HARI 4 : CAPPADOCIA-KONYA-PAMUKKALE [SP|MT|MM]
- Lawatan di Cappadocia:
- Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun.
- Lawatan di Konya:
- Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan upacarakeagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah.
- Bermalam di Pamukkale.
HARI 5 : PAMUKKALE-BURSA [SP|MT|MM]
- Lawatan di Pamukkale:
- Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
- Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.
- Membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet.
- Bermalam di Bursa.
HARI 6 : BURSA-ISTANBUL [SP|MT|MM]
- Lawatan di Bursa:
- Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
- Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
- Membeli-belah makanan dan bahan masakan tradisi Turki di Turkish Delight & Oil Shop.
- Camlica Mosque: Masjid yang terbesar di Turkiye yang siap dibina pada tahun 2019 boleh menempatkan sehingga 63,000 jemaah dalam satu masa.
- Bermalam di Istanbul.
HARI 7 : ISTANBUL [SP|MT|MM]
- Topkapi Palace (First Courtyard): Kawasan istana kediaman
kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih. - Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada
kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula. - Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
- Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar.
- Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
- Membeli-belah di Grand Bazaar yang merupakan antara pasar yang terbesar dan tertua di dunia dibina bermula pada tahun 1455 lagi dengan sejumlah lebih 4,000 buah kedai.
- Bermalam di Istanbul.
HARI 8 : ISTANBUL [SP|MT]
- Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour
menyusuri sepanjang Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari yang merupakan kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh Sultan Uthmaniyyah yang ke 31 dan Ortakoy Mosque yang merupakan masjid yang paling terkenal di Selat Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854. - Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.
- Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
HARI 9 : ISTANBUL-KUALA LUMPUR
- Tiba di KLIA Terminal 1.
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
EMIRATES AIRWAYS
- Hari 1 : EK345 KUL-DXB [ETD 1015][ETA 1310]
- Hari 1 : EK121 DXB-IST [ETD 1420][ETA 1755]
- Hari 8 : EK122 IST-DXB [ETD 1925][ETA 0055+1]
- Hari 9 : EK346 DXB-KUL [ETD 0310][ETA 1425]
- Bolu/Izmit – Balturk Izmit Hotel [1 Malam]
- Cappadocia – Alp Stone Hotel [2 Malam]
- Pamukkale – Tripolis Thermal Hotel [1 Malam]
- Bursa – Tiara Thermal Hotel [1 Malam]
- Istanbul – Golden Way Hotel [2 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Penginapan bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Tiket masuk ke tempat lawatan : Underground City & Ancient Hierapolis City
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Tiket masuk ke Topkapi Palace Museum dan lain-lain tiket masuk lawatan yang tidak dinyatakan
-
Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program
- Topkapi Palace Museum (Istanbul) : USD55/pax
- Hot Air Balloon (Cappadocia) : USD320/pax
- Hot Air Balloon (Pamukkale) : USD250/pax
- Jeep Safari (Cappadocia) : USD110
- Whirling Dervish Performance : USD35/pax
-
Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
- Musim Panas : Jun - Ogos
- Musim Luruh : Sep - November
- Musim Sejuk : Disember - Feb
- Musim Bunga : Mac - Mei
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
UCHISAR CASTLE
Melihat keunikan rumah batu ala The Flinstones yang menjadi penempatan & kota pertahanan penduduk di sini sejak kurun ke-12
ANCIENT HIERAPOLIS CITY
Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih utuh lagi ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo & Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
BOSPHORUS CRUISE
Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour menyusuri sepanjang Selat Bosphorus & melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah & Asia
HAGIA SOFIA GRAND MOSQUE
Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan Sufi Sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan Whirling Dervish & juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyah
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.