TOKYO + MT. FUJI + SNOW RESORT + KAWAZU SAKURA FESTIVAL

7 Hari 5 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-NARITA 

  • Berkumpul di KLIA 1 untuk menaiki penerbangan ke Narita

 HARI 2 : NARITA-KAWAGOE-OSHINO-FUJI [SP|MT|MM]

  • Tiba di Narita International Airport.
  • Lawatan di Kawagoe :
    • Melawat sekitar Kurazukuri no Machinami atau lebih dikenali dengan Little Edo Warehouse District. Dinamakan sebegitu kerana sepanjang jalan ini masih berdiri teguh kedai-kedai dan gudang-gudang kayu yang wujud sedari zaman Edo pada kurun ke-16 dan memberi kita inspirasi tentang keadaan Jepun zaman dahulu kala.
    • Berfoto di Time Bell Tower (Toki no Kane) yang asalnya dibina pada 1627 dan struktur yang sekarang ini merupakan menara generasi ke-4 dibaik pulih pada 1894 selepas kejadian Great Fire of Kawagoe.
    • Membeli gula-gula dan manisan di Confectionery Row (Kashiya Yokocho), lorong yang terkenal dengan berdozen penjual manisan dan juga memberi gambaran kepada tetamu bagaimana suasana ketika
      zaman Showa dahulu.
    • Bersolat di Masjid Farooq-e-Azam yang besar dan terkenal di bandar ini.
  • Lawatan di Oshino:
    • Melawat perkampungan kecil Oshino Hakkai yang terkenal dengan 8 buah kolam jernih seperti cermin yang terbentuk secara semulajadi selama lebih 80 tahun dari letusan lava Mt. Fuji.
  • Bermalam di Fuji.

HARI 3 : FUJI-GOTEMBA-FUJI [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Fuji dan Gotemba:
    • Masa bebas untuk bermain salji di Fujiten Snow Resort. Tetamu boleh menaiki skilift untuk menikmati pemandangan yang menarik atau bermain salji di kawasan yang disediakan dengan bayaran tambahan.
    • Membeli-belah dan solat di Gotemba Premium Outlet yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama-jenama terkenal di samping menikmati diskaun yang luar biasa. Bermalam di Fuji.

 HARI 4 : FUJI-TOKYO [SP|MT|MM]

PERLEPASAN 16 JAN:

  • Iyashi no sato Nemba adalah kampung tradisional yang dibina semula selepas tanah runtuh besar pada tahun 1966. Terdapat lebih dari 20 rumah di sini yang bina semula dan menjadi “muzium terbuka” di mana ianya menjadi pusat kraftangan tadisional tempatan.
  • Rasai pengalaman memakai pakaian tradisional Jepun yang terkenal iaitu Kimono dengan tambahan bayaran yang berpatutan.
  • Lake Kawaguchi adalah sebuah bandar peranginan mata air panas dengan pelbagai tarikan pelancong dan pemandangan Gunung Fuji terletak di sekitar hujung timur tasik, manakala pantai utara dan barat kebanyakannya belum dibangunkan.
  • Fujikawaguchi Mosque terletak di tepi Tasik Kawaguchi, 20 minit berjalan kaki dari Stesen Kawaguchiko. Ia adalah masjid pertama di Fuji yang didirikan pada tahun 2020. Bermalam di Fuji.

PERLEPASAN 7 FEB:

ATAMI – YOKOHAMA – TOKYO

  • Tetamu akan dibawa melawat Kawazu Sakura Festival yang diadakan hanya pada awal Februari hingga awal Mac di bandar Kawazu. Sakura di sini berbunga lebih awal dari jenis sakura dari kawasan lain di mana pengunjung akan mempunyai tempoh yang sedikit lama untuk menikmati
    pemandangan bunga sakura yang indah ini.
  • Solat sebentar di Yokohama Mosque. Masjid ini terletak di daerah Kanagawa dan diasaskan pada penghujung 2006. Bermalam di Tokyo

HARI 5 : TOKYO [SP|MM]

  • Perjalanan hari ke-5 ini semua pengunjung akan berjalan menggunakan train di Jepun. Semua pengunjung akan mendapat pass train yang di namakan Tokyo Subway Pass 48hrs. Ia untuk di gunakan untuk hari ke-5 dan hari ke-6 sewaktu peserta berjalan sendiri.
    • Melawat sekitar kawasan Asakusa yang sangat terkenal dengan pintu gerbang merah Kaminarimon yang terdapat tanglung besar dibina sejak 1000 tahun dahulu dan juga Sensoji Temple yang dibina pada
      kurun ke-7.
    • Membeli-belah cenderamata dan manisan di laluan pejalan kaki Nakamise Street yang menempatkan lebih 50 buah kedai.
    • Melawat Ueno Park, taman yang menjadi tumpuan ramai ketika musim cherry blossom. Di sini juga terdapat banyak muzium dan juga zoo. Di sini juga terletaknya Ueno Tosho-gu Shrine yang popular di kalangan pelancong untuk berfoto dan Flame of Hiroshima and Nagasaki Memorial.
    • Solat di Okamachi Mosque atau lebih dikenali sebagai Masjid As-Salam. Masjid ini menjadi tempat tumpuan pelancong muslim dari seluruh dunia ketika bersiar-siar di kawasan Ueno.
    • Masa bebas untuk membeli-belah atau bersiar-siar di Shibuya yang terletak di tengah kotaraya Tokyo dan telah wujud sejak kurun ke-11 lagi. Jangan lepaskan peluang untuk berfoto di Shibuya Crossing.
      yang cukup terkenal.
  • Bermalam di Tokyo.

HARI 6 : TOKYO-NARITA-KUALA LUMPUR [SP]

Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti memakai Kimono di Asakusa , Shopping di Shibuya , menaiki SkyTree Tower Tokyo atau membuat lawatan ke Tsukiji Fish Market untuk melihat “Cutting Tuna Show”. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

HARI 7 : KUALA LUMPUR 

Tiba di Kuala Lumpur.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program seperti Disneyland, Disneysea Tokyo, Sea Life Park & Legoland Discover Center

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

koptravel mt fuji

MOUNT FUJI

Melawat Mt Fuji 5th Station,
Yoshida Trail merupakan
stesen paling popular bagi
pengunjung untuk melihat
keindahan Mt Fuji.

koptravel kawazu sakura

KAWAZU SAKURA FESTIVAL

Sakura di sini berbunga lebih awal dari sakura di bandar lain di mana pengunjung akan mempunyai tempoh yang sedikit lama untuk menikmati pemandangan bunga sakura yang indah ini.

koptravel fujiten snow resort

FUJITEN SNOW RESORT

Pengunjung boleh menaiki skilift untuk menikmati pemandangan yang menarik atau bermain salji di kawasan yang disediakan dengan bayaran tambahan.

koptravel shibuya

SHIBUYA

Persimpangan itu yang dihiasi dengan banyak iklan neon dan skrin video gergasi dan dibanjiri oleh pejalan kaki setiap kali lampu isyarat bertukar hijau, menjadikannya tempat foto yang popular.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online