TAIPEI + SUN MOON LAKE + GEO PARK

Taipei-Taichung-Nantou-Yehliu

5 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-TAIPEI-TAICHUNG [MM]

  • Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki penerbangan ke Taichung.
  • Lawatan di Taichung:
    • Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.
    • Melawat Yichung Night Market pada sebelah malamnya, merasai suasana berbeza pasar malam keunikan masyarakat di Taiwan.
  • Bermalam di Taichung.

 HARI 2 : TAICHUNG-NANTOU-TAICHUNG [SP|MM|MT]

  • Lawatan di Nantou:
    • Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
    • Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman – berzaman di Tea Experience Centre.
  • Lawatan di Taichung:
    • Menikmati masa bebas dan bersantai di Mitsui Shopping Park LaLaport menawarkan lebih 300 buah kedai dengan 7 tingkat gedung membeli belah.
    • Melawat Rainbow Village yang sangat iconic tentang mural berwarna-warni. Bermacam corak dan sudut yang cantik, menjadi tempat tumpuan mengambil gambar dan tersohor sebagai tempat “Instagrammable”
  • Bermalam di Taichung.

HARI 3 : TAICHUNG-TAIPEI [SP|MM|MT]

  • Lawatan di Taipei:
    • Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
    • Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan salah satu masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1949.
    • Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
  • Bermalam di Taipei.

 HARI 4 : TAIPEI [SP|MT|MM]

  • Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga
    mengambil gambar di viewpoint laut.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar di Shifen Old Street yang merupakan sebuah kawasan bandar lama yang terdapat laluan keretapi dan dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata dan hasil kraf tradisional sambil meluangkan masa untuk berfoto di Shifen Waterfall. Di sini juga tetamu boleh mencuba aktiviti tradisional iaitu sky lantern dengan tambahan bayaran tertentu.
  • Lawatan di Yehliu:
    • Yeliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
  • Bermalam di Taipei.

HARI 5 : TAIPEI-KUALA LUMPUR [SP]

  • Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
  • Taipei 101 Tower: Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center.
  • Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden China itu dan di dataran Liberty Square sini
    juga terdapat National Theater & National Concert Hall.
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Yehliu Geopark 

  • Pengangkutan bot persiaran di Sun Moon Lake

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

FORMOSAN VILLAGE

Melawat ke taman tema yang terkenal di Taiwan. Saksikan kehidupan 7 suku kaum orang asli Taiwan dari rumah mereka, dapur dan lain-lain yang terdapat disini. Juga pengunjung dapat menyaksikan persembahan tarian tradisional mereka.

koptravel qinjing farm

QINJING FARM

Dikenali sebagai Little Europe In The Clouds, ia merupakan resort dikawasan pergunungan
terkenal di Taiwan. Rasai
pengalaman ala Eropah di Evergreen Grassland dimana pengunjung akan disajikan pemandangan pergunungan seperti di Switzerland, bergambar dianjung istana lama dengan padang rumput dipenuhi kambing biri-biri.

koptravel tai yi ecological farm

TAI-YI ECOLOGICAL FARM

Sebuah ladang tempatan yang mempunyai pelbagai jenis buah-buahan bergantung pada musim dan merasai DIY disini mengikut pada musim yang disediakan.

koptravel 101 tower

TAIPEI 101 TOWER

Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online