TAIPEI + ALISHAN + SUN MOON LAKE
5 Hari 4 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR-TAIPEI-TAICHUNG-CHIAYI
- Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki penerbangan ke Taipei.
- Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot
yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan. - Bermalam di Chiayi.
HARI 2 : CHIAYI-ALISHAN [SP|MM|MT]
- Lawatan di Alishan:
- Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga bergambar di pohon Sacred Tree berumur
lebih dari 3,000 tahun. - Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman berzaman di Tea Experience Centre.
- Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan.
- Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga bergambar di pohon Sacred Tree berumur
- Bermalam di Chiayi.
HARI 3 : CHIAYI-NANTOU-TAIPEI [SP|MM|MT]
- Lawatan di Nantou:
- Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.
- Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
- Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
- Bermalam di Taipei.
HARI 4 : TAIPEI-YEHLIU [SP|MT|MM]
- Lawatan di Yehliu:
- Yehliu Geopark: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah
Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga
terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
- Yehliu Geopark: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah
- Lawatan di Taipei:
- Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.
- Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts
Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu. - Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.
- Bermalam di Taipei.
HARI 5 : TAIPEI-KUALA LUMPUR [SP]
- Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.
- Shilin Residence Garden: Lawatan ke taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar disini.
- Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY
Pineapple Cake. - Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di KLIA1 / KLIA2.
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
MALAYSIA AIRLINES
- Hari 1 : MH366 KUL-TPE [ETD 0915][ETA 1410]
- Hari 5 : MH367 TPE-KUL [ETD 1510][ETA 2000]
AIRASIA
- Hari 1 : D7378 KUL-TPE [ETD 0935][ETA 1410]
- Hari 5 : D7379 TPE-KUL [ETD 1555][ETA 2040]
- Chiayi – Renyi Lake Hotel [2 Malam]
- Taipei – Delight Hotel [2 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.
-
Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Tiket masuk ke tempat lawatan : Alishan National Scenic Area & Yehliu Geopark
-
Pengangkutan bot & sampan di Sun Moon Lake
-
Pengangkutan keretapi di Alishan National Scenic Area
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati
-
Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
YUANMING PALACE
Sebuah taman tema budaya dan sejarah yang terletak di Zhuhai, wilayah Guangdong, China. Taman ini adalah replika sebahagian daripada Istana Musim Panas Lama.
VENETIAN MACAO
Sebuah resort kasino mewah yang terletak di Cotai Strip, Macau. Ia terkenal dengan reka bentuknya yang menggabungkan seni bina dan suasana Venice, Itali.
NANTOU ANCIENT CITY
Kawasan peninggalan bersejarah yang mempunyai bangunan-bangunan lama dan struktur bersejarah seperti tembok kota, pintu gerbang
dan kuil-kuil kuno.
1881 HERITAGE
Bekas bangunan polis yang terkenal dengan seni bina bersejarahnya. Pelancong boleh menikmati seni bina bersejarah, membeli-belah di butik mewah, menjamu selera.
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.