SPAIN + PORTUGAL + MOROCCO
11 Hari 9 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR DOHA-MADRID [MM]
- Berkumpul di KLIA 1 untuk menaiki penerbangan ke Madrid
- Bermalam di Madrid
HARI 2 : MADRID [SP|MT|MM]
- Lawatan di Madrid:
- Gran Via: Jalan utama di Madrid yang digelar “Spanish Broadway” ini juga adalah salah satu kawasan membeli-belah terpenting di bandar Madrid.
- Cibeles Fountain: Arca dan senibina air pancut yang terletak di tengah-tengah Plaza de Cibeles yang menjadi salah satu ikon di tengah bandar Madrid.
- Neptune Fountain: Sebuah air pancur yang terletak di tengah bandar Madrid yang mewakili Neptunus iaitu dewa air Rom.
- Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Puerta del Sol dan Plaza Mayor yang berdekatan dengan istana rasmi kediaman raja Sepanyol, Royal Palace.
- Bersolat di Madrid Central Mosque yang juga merupakan Pusat Islam di Madrid dan juga ibu pejabat komuniti Islam Sepanyol dibina pada 1988.
- Membeli-belah barangan berjenama seperti Armani, Coach, Ralph Lauren yang menawarkan diskaun sehingga 60% di Las Rozas Village Outlet.
- Bermalam di Madrid.
HARI 3 : MADRID-TOLEDO-MERIDA-LISBON [SP|MT|MM]
- Lawatan di Toledo:
- Puerta de Bisagra: Pintu gerbang bandar Toledo yang dibina pada abad ke-10 pada zaman Taifa Moor Toledo di Al-Andalus Islam.
- Mosque of Cristo de la Luz: Masjid bersejarah yang dibina pada tahun 999 semasa pemerintahan Moorish sebelum ditukarkan menjadi gereja.
- Alcantara Bridge: Jambatan yang dibina oleh Rom pada zaman pertengahan merentasi Tangus River.
- Masa bebas di Plaza de Zocodover untuk membeli-belah cenderamata atau bersia-siar.
- Lawatan di Merida:
- Temple of Diana: Binaan zaman ancient Rom yang masih kukuh sehingga ke hari ini dengan 18 tiang column yang tinggi di keliling temple ini.
- Porch of The Forum: Merupakan sebuah kawasan forum zaman Rom yang dibina pada abad pertama lagi dan tiang-tiang forum masih lagi kekal berdiri.
- The Alcazaba: Asalnya merupakan kota pertahanan Moorish yang pertama di Spain, dibina oleh Abd ar-Rahman II pada tahun 855.
- Arch of Trajan: Pintu gerbang setinggi 15m binaan zaman ancient Rom.
- Bermalam di Lisbon.
HARI 4 : LISBON [SP|MT|MM]
- Lawatan di Lisbon:
- Jeronimos Monastery: Biara besar yang sangat cantik dengan senibina yang menakjubkan.
- Belem Tower: Monumen yang didirikan sebagai pintu masuk ke kota Lisbon dan sebagai pertahanan terhadap sebarang ancamana dan pencerobohan.
- Monument of the Discoveries: Tugu peringatan yang dibina sempena mengingati kapal pertama yang berlayar ke Lautan Hindi untuk memulakan perdanganan dengan India dan negara serantau lain pada abad ke-15.
- Bersolat di Central Mosque of Lisbon yang merupakan masjid ketiga terbesar di Eropah dibina pada 1985.
- Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Rossio Square, Praca do Comercio dan Freeport Fashion Outlet.
- Bermalam di Lisbon.
HARI 5 : LISBON-SEVILLE [SP|MT|MM]
- Torre del Oro: Menara tinjau yang terletak di tepi sungai tengah kota Sevilla setinggi 36m yang dibina pada 1220 oleh kerajaan Islam Almohad.
- Plaza de Espana: Bangunan yang sangat menarik reka bentuknya yang terletak di dalam kawasan Maria Luisa Park dan terdapat kolam air pancur besar di tengahnya serta lukisan sepanjang tembok yang menceritakan sejarah kegemilangan Sepanyol dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem Star Wars.
- Giralda Tower: Asalnya merupakan menara masjid besar Seville pada zaman pemerintahan Islam tetapi sebahagian besar masjid ini telah dimusnahkan dan hanya menara ini yang terselamat.
- Royal Alcazar of Seville: Istana ini asalnya dibina ketika zaman pemerintahan Islam pada abad ke-10 dan menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam Seville sehingga tahun 1248 setelah kerajaan Castilla menakluk Seville.
- Bermalam di Seville.
HARI 6 : SEVILLE-CORDOBA-GRANADA [SP|MT|MM]
- Lawatan di Cordoba:
- Mosque-Cathedral of Cordoba: Masjid yang dikira antara yang terbesar di Eropah ini telah diubah suai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar islam. Antara kesan masjid yang masih boleh dilihat termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran di dinding masjid, tiang, menara
dan mihrab. - Roman Bridge: Jambatan zaman Rom yang menakjubkan di kota ini dibina pada abad pertama dan merentasi Guadalquivir River sepanjang 331m.
- Calahorra Tower: Menara yang dibina ketika pemerintahan kerajaan Islam Almohad untuk mengawal laluan keluar masuk kota Cordoba..
- Mosque-Cathedral of Cordoba: Masjid yang dikira antara yang terbesar di Eropah ini telah diubah suai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar islam. Antara kesan masjid yang masih boleh dilihat termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran di dinding masjid, tiang, menara
- Bermalam di Granada.
HARI 7 : GRANADA-TARIFA-TANGIER [SP|MT|MM]
- Lawatan di Granada:
- Alhambra Palace: Mercu tanda utama di Granada dan menjadi bukti kebesaran pemerintahan Islam di Spain ratusan tahun dahulu. Asalnya dibina pada kurun ke-9 sebagai kubu pertahanan dan ditukar menjadi sebuah istana pada kurun ke-11. Binaan istana juga dipenuhi dengan ukiran khat ayat-ayat suci Al-Quran, air pancut yang dikelilingi ukiran singa dan taman bunga yang menawan.
- The Generalife: Istana rehat musim panas yang dibina pada kurun ke-13 oleh keluarga diraja Nasrid dengan kolam, patio dan taman bunga yang sungguh menakjubkan.
- Albayzin Muslim Quarters: Kawasan penempatan yang masih banyak mengekalkan senibina Islam ini merupakan kawasan yang tertua di kota
ini sejak dari kurun ke-11 lagi. Antara yang masih boleh dilihat ialah tembok kota, pintu gerbang Puerta Monaita, menara Almohad yang kini sebahagian dari gereja San Juan dan juga rumah-rumah binaan kurun ke-14. - Grand Mosque of Granada: Siap dibina pada tahun 2003, masjid ini menawarkan lokasi paling menarik untuk mengambil foto panorama Alhambra Palace yang terletak di seberang bukit masjid ini.
- Menaiki feri dari Tarifa merentasi Selat Gibraltar menuju ke Tangier.
- Bermalam di Tangier.
HARI 8 : TANGIER-RABAT [SP|MT|MM]
- Lawatan di Rabat:
- Kasbah of the Udayas: Kota yang dbina pada abad ke-11 ini menempatkan kompleks istana, pentadbiran dan taman zaman Andalusia merupakan tarikan utama di Rabat dan juga menawarkan pemandangan panorama Lautan Atlantik.
- Hassan Tower: Menara ini asalnya merupakan sebahagian dari projek pembinaan salah satu masjid terbesar dunia tetapi tergendala pada tahun 1150 selepas kemangkatan raja.
- Mausoleum of Mohamed V: Makam raja Morocco yang dibina pada tahun 1971 dengan rekaan yang cukup gah dan artistik mengikut senibina tradisional Morocco.
- Royal Palace: Istana rasmi kediaman raja Morocco yang dibina sejak 1864 dikenali dengan nama Dar Al-Makhzen dan pintu masuk utamanya menjadi lokasi tumpuan untuk pelancong berfoto.
- Bermalam di Rabat.
HARI 9 : RABAT-MARRAKESH [SP|MT]
- Lawatan di Marrakesh:
- Jemaa el-Fnaa: Dataran yang menampilkan pelbagai tarikan tradisi negara ini yang sangat luar biasa terutamanya pasar malam di mana terdapat pelbagai gerai menjual pelbagai jenis makanan, persembahan
jalanan, pertunjukan akrobatik dan juga terdapat kawasan bazaar (dipanggil Medina) yang menjual jubah, tudung dan rempah-ratus. - Bahia Palace: Istana kediaman pemerintah kota ini yang dibina pada tahun 1900 dengan ukiran, perhiasan dan dekorasi yang cukup cantik berseni dan laman yang indah.
- Koutoubia Mosque: Masjid yang penuh bersejarah ini dibina pada tahun 1158 dengan menara setinggi 77m dan binaannya menjadi sumber inspirasi kepada Giralda Tower di Seville dan Hassan Tower di Rabat.
- Jemaa el-Fnaa: Dataran yang menampilkan pelbagai tarikan tradisi negara ini yang sangat luar biasa terutamanya pasar malam di mana terdapat pelbagai gerai menjual pelbagai jenis makanan, persembahan
- Bermalam di Marrakesh.
HARI 10 : MARRAKESH-CASSABLANCA-KUALA LUMPUR
- Lawatan di Casablanca:
- Hassan II Mosque: Masjid ke-7 terbesar di dunia yang mampu memuatkan 105,000 jemaah dengan menara masjidnya 210m yang ke-2 tertinggi di dunia.
- Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Doha).
HARI 11 : KUALA LUMPUR
Tiba di Terminal KLIA 1.
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
QATAR AIRWAYS
- Hari 1 : QR845 KUL-DOH [ETD 0950][ETA 1230]
- Hari 1 : QR151 DOH -MAD [ETD 1420][ETA 1955]
- Hari 10 : QR1398 CMN-DOH [ETD 1600][ETA 0100+1]
- Hari 11 : QR852 DOH-KUL [ETD 0305][ETA 1535]
- Madrid – Monte Rozas Hotel [2 Malam]
- Lisbon – Campanile Hotel [2 Malam]
- Seville – B&B Ecija Hotel [1 Malam]
- Granada – Manzanil Hotel [1 Malam]
- Tangier – Tangier Med Hotel [1 Malam]
- Rabat – Onomo Medina Hotel [1 Malam]
- Marrakesh – Ayoub & Spa Hotel [1 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.
-
Penginapan hotel 9 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Tiket masuk ke tempat lawatan : Alhambra Palace, The Generalife & Grand Mosque of Granada
-
Pengangkutan feri dari Tangier ke Tarifa
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi ejen bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
- Musim Panas : Jun - Sep
- Musim Luruh : Okt - Nov
- Musim Sejuk : Disember - Mac
- Musim Bunga : April - Mei
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
ALHAMBRA PALACE
Mercu tanda utama di Granada & menjadi bukti kebesaran pemerintahan Islam di Spain ratusan tahun dahulu. Asalnya dibina pada kurun ke-9 sebagai kubu pertahanan & ditukar menjadi sebuah istana pada kurun ke-11
CORDOBA MOSQUE
Masjid yang dikira antara yang terbesar di Eropah ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam. Antara kesan masjid yang masih boleh dilihat termasuklah ukiran ayat suci Al-quran di dinding masjid, tiang, menara & mihrab.
MASJID HASSAN II
Masjid ke-7 terbesar di dunia yang mampu memuatkan 105,000 jemaah dengan menara masjidnya 210m yang ke-2 tertinggi di dunia
BAHIA PALACE
Bahia Palace dibangun oleh Si Musa di bawah Alawi sultan Muhammad ibn Abd al-Rahman pada tahun 1860.
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.