SHANGHAI + HANGZHOU

5 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-SHANGHAI-HANGZHOU [MM]

  • Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki penerbangan ke Shanghai
  • Bermalam di Hangzhou.

 HARI 2 : HANGZHOU [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Hangzhou:
    • Menaiki bot di West Lake, sebuah tasik yang dikelilingi
      oleh bukit-bukau yang diselimuti awan. Ia merupakan
      tempat dimana para penyair, cendiakawan dan artis
      sejak Dinasti Tang mengambil inspirasi disini. Ia juga tersenarai antara 8 tasik tercantik di China. Tetamu
      juga diberi kesempatan melalui jejambat di atas air ke Flower Harbour Fish Garden dimana terdapat
      kolam kecil dipenuhi dengan ikan kap berwarna merah
      serta pohonan pokok bunga disekitar kawasan ini.
    • Longjing Tea Plantation: melawat ke ladang teh yang
      menghasilkan dragon well tea, sejenis daun teh yang telah wujud sekitar 1,200 tahun lalu. Ia antara 10 teh terkenal di China. Juga tetamu akan disajikan
      pemandangan indah dengan susunan berteres
      ladang teh di lembah ini dengan hirupan udara yang segar.
    • Masjid Phoenix: singgah solat di salah satu dari
      4 masjid tertua dan terbesar di China. Masjid ini telah berusia lebih dari 1000 tahun sebelum diruntuhkan pada tahun 1203 masihi, ia kemudian telah dibina semula ketika pemerintahan Kublai Khan dan ia berdiri megah sejak itu. Mengekalkan senibina China dan Islamik di masjid ini, ia dapat dilihat jelas pada binaan kubah dan minaretnya.
    • Hangzhou Asian Games Three Stadium: melawat di sekitar stadium yang menempatkan Sukan Asia 2022,
      terutama pada Stadium Olympic Sports Center, ia
      dapat menempatkan seramai 80,000 orang, dengan
      struktur bangunannya yang unik dibina berbentuk
      seperti bunga teratai.
    • Sasseur Outlet: membeli-belah pelbagai barangan dari pakaian ke beg tangan dengan fesyen terkini.
  • Bermalam di Hangzhou.

HARI 3 : HANGZHOU-WUZHEN-SHANGHAI [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Wuzhen:
    • Wuzhen Dongzha Scenic Area: juga dikenali sebagai
      Venice of the East, ia adalah sebuah perkampungan
      berusia lebih dari 1,300 tahun. Ia mengekalkan deretan
      bangunan lama disepanjang sungai dengan pelbagai
      kedai, bengkel dan muzium disediakan disini.
    • Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai
      rekabentuk yang disediakan disini, dari sarung bantal,
      alas katil, pakaian dan banyak lagi.
  • Lawatan di Shanghai:
    • Masjid Songjiang: singgah solat di antara masjid tertua di Shanghai yang berusia lebih dari 600 tahun, pelbagai
      tulisan kaligrafi boleh ditemui disini.
    • 1000 Tree Mall: keunikan bangunan ini digambarkan
      seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia
      merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café,
      restoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman
      terdapat disini.
  • Bermalam di Shanghai.

 HARI 4 : SHANGHAI  [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Shanghai:
    • Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit
      bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbuck
      terpanjang di dunia.
    • Melihat cara pembuatan batu seperti batu Jade, yang
      menjadi perhiasan penting tradisi orang China di
      Shanghai Gemstone Carving Hall.
    • Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi
      pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan
      menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan
      yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
    • Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach
      Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang
      dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu
      masa.
    • Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang
      terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.
    • The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC,
      Bank of Taiwan dan banyak lagi.

HARI 5 : SHANGHAI-KUALA LUMPUR [SP|MT]

  • Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental
    Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari
    tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan
    indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar
    langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti
    berputar dengan warna keemasan tanpa ruang
    dan masa.
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
    Tiba di KLIA Terminal 1.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan negara yang dilawati

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

SHANGHAI DISNEYLAND

Menawarkan pelbagai tarikan disini seperti Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan
tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan
sebelum kembali ke hotel.

koptravel nanjing pedestiran street

NANJING PEDESTRIAN STREET

Pelancong dapat membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal

koptravel jinmao tower

JINMAO TOWER

Tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan
ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan
bangunan pencakar langit ini.

koptravel the bund

THE BUND

Pemandangan senibina bangunan bersejarah yang indah dan mencerminkan
perpaduan gaya eropah klasik dan art deco.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online