OSAKA + KYOTO + NARA + KOBE

6 Hari 5 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-KANSAI AIRPORT-NARA-KYOTO [MT|MM]

  • Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki ke penerbangan Kansai International Airport
  • Tiba di Kansai International Airport dan melawat Nara Park.
  • Lawatan ke Nara:
    • Nara Park: adalah salah satu tempat yang mesti dilawati kerana tarikan di kawasan tersebut yang terdapat rusa-rusa yang jinak dan bebas berkeliaran. Rusa-rusa di sini di bawah perlindungan “Deer Preservation Foundation” di mana tindakan akan dikenakan oleh pihak berkuasa di Jepun sekiranya didapati bersalah. Rusa-rusa di sini tersangat jinak dan akan menunduk kepada pengunjung yang hendak dan memberi mereka makanan.
  • Lawatan ke Kyoto:
    • Menunaikan solat di Kyoto Islamic Culture Center dan menjamah makan tengah hari.
    • Fushimi Inari ialah kuil Shinto yang penting di selatan Kyoto. Ia terkenal dengan beribu-ribu pintu gerbang torii berwarna merah jambu, yang merangkumi rangkaian denai di belakang bangunan utamanya. Laluan menuju ke hutan berhutan Gunung Inari yang suci, yang berdiri pada 233 meter dan tergolong dalam kawasan kuil.
  • Lawatan ke Higashiyama District:
    • Ninenzaka dipenuhi dengan kedai-kedai yang terdiri daripada kedai cenderamata dan yang menjual pelbagai produk Jepun hinggalah ke kedai manisan dan restoran.
    • Sannenzaka dipenuhi dengan kedai-kedai yang terdiri daripada kedai cenderamata kedai gula-gula dan kraf yang memenuhi bangunan lama di daerah bandar lama Kyoto ini. Sannenzaka menawarkan banyak gula-gula yang menarik perhatian yang hanya menyebut “Kyoto” dengan indah, dan membuat cenderahati yang sempurna.
    • Kiyomizu Temple adalah temple yang terkenal untuk penganut buddha dan terletak di salah satu bukit di kyoto. Kiyomizudera bermaksud “Pure Water Temple”. Tempat ini menawarkan pemandangan indah dari banyak pokok ceri dan maple di bawah yang meletus dalam lautan warna pada musim bunga dan musim luruh.
  • Makan malam dan bermalam di Kyoto.

 HARI 2 : KYOTO-OSAKA [SP|MT|MM]

  • Nishiki Market dikenali sebagai “Kyoto’s Kitchen”, pasar runcit yang meriah ini terkenal dengan makanan laut segar, hasil bumi dan alat memasak, dan merupakan tempat yang bagus untuk mencari makanan bermusim gula-gula Jepun, jeruk, makanan laut kering dan sushi.
  • Arashiyama amat popular semasa musim bunga sakura dan musim gugur. Jambatan Togetsukyo (Togetsukyo bridge) ialah mercu tanda pusat Arashiyama yang terkenal, banyak kedai kecil, restoran dan tarikan lain terdapat berdekatan, termasuk Tenryuji temple, Bamboo Forest dan
    bot-bot yang boleh disewa di sungai.
  • Bamboo Forest adalah tempat pengunjung boleh berjalan di sepanjang laluan-laluan di dalam hutan yang menakjubkan ini dipenuhi oleh ribuan batang buluh yang menjulang tinggi. Di sepanjang 500m laluannya ke Tenryu-ji Temple, yang merupakan salah satu kuil Zen yang paling indah di Kyoto. Dari Arashiyama akan bertolak ke Osaka dalam masa 1jam 15mins.
  • Bermalam di Osaka.

HARI 3 : OSAKA [SP|MT|MM]

  • Osaka Castle mempunyai sejarah yang panjang dan merupakan salah satu istana yang banyak berperang di zaman dahulu dan terselamat dari banyak bencana. Kini, Istana Osaka menjadi tarikan pelancong di mana masih lagi berdiri dan moden dan boleh di lihat dari luar kawasan istana.
  • Osaka Masjid ialah masjid terbesar di Osaka dan terdekat dari bandar Osaka. Masjid Osaka bukan di dalam kawasan bandar Osaka, tetapi masih boleh sampai di situ dengan menaiki kereta api. Kawasan masjid Osaka juga terdapat kedai barang-barang halal dan menyediakan makanan halal tradisional jepun.
  • Yodobashi Umeda Mall ialah sebuah bangunan tinggi yang menakjubkan di daerah “Kita” di Osaka, berhampiran stesen Osaka dan Umeda. Ia juga dikenali sebagai “Umeda New Town”.
  • Shinsaibashi Street atau dikenali sebagai Dotonbori adalah daerah hiburan yang paling terkenal di bandar ini dan menawarkan pilihan tempat makan dan membeli-belah yang banyak.
  • Bermalam di Osaka.

 HARI 4 : OSAKA-KOBE-OSAKA [SP|MT|MM]

  • Melawat Kobe Harbourland yang terletak di Choa-ku, Kobe adalah bekas kawasan pelabuhan lama yang diubah menjadi pusat membeli belah terkemuka pada tahun 1992.
  • Melawat Chinatown atau dikenali sebagai Nankinmachi, adalah sebuah pekan Cina yang padat dan menjadi tumpuan utama komuniti Cina di wilayah Kansai.
  • Kitanoijinkan Street adalah bekas penempatan orang Eropah di Kobe. Kebanyakannya adalah para pedagang dan diplomat yang datang ke Kobe pada kurun ke-19 selepas Jepun membuka laluan perdagangan dengan barat. Anda boleh mendapatkan tiket masuk di sini dan melihat sendiri rumah yang bernilai tinggi ini diubah menjadi muzium..

HARI 5 : OSAKA [SP]

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berhibur di Universal Studio Japan, Tempozan Kaiyukan Aquarium atau menaiki train ke kawasan yang berdekatan.
    *Tiket masuk tempat lawatan dan pengangkutan tidak termasuk dalam pakej.
  • Bermalam di Osaka.

HARI 6 : KANSAI-KUALA LUMPUR 

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program seperti Universal Studio Japan & Tempozan Kaiyukan Aquarium

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

koptravel nara deer park

NARA DEER PARK

Menonton rusa berkeliaran di taman sambil mengunjungi bangunan bersejarah di sekitar termasuk Kuil Kofuku-ji yang megah bersebelahan dengan Kolam Besar Sarusawa serta Pura Uneme.

koptravel osaka castle

OSAKA CASTLE

Istana ini berdiri megah setinggi 5 tingkat dengan senibina zaman feudal Jepun, yang mana ia telah pun wujud sejak kurun ke-16. Disini juga terdapat taman-taman yang indah dan lapangan taman yang luas dengan bayaran tambahan untuk masuk.

koptravel arashiyama bamboo forest

ARASHIYAMA BAMBOO FOREST

Pengunjung boleh berjalan di sepanjang laluan-laluan di dalam hutan ini yang diselangi oleh ribuan batang buluh yang menjulang tinggi. Di sepanjang 500m laluannya ke Tenryu-ji Temple, adalah merupakan salah satu kuil Zen yang paling indah di Kyoto.

koptravel fushimi inari

FUSHIMI INARI

Kuil Fushimi Inari terkenal dengan beribu-ribu pintu gerbang torii berwarna merah dan menjadi spot terkenal untuk mengambil gambar.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online