KEMBARA EROPAH 5 NEGARA
9 Hari 7 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR-PARIS
- Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Amsterdam (transit di Doha/Muscat)
- Bermalam di Paris.
HARI 2 : PARIS [SP|MM]
- Lawatan di Paris:
- Galeries Lafayette rangkaian pusat membeli-belah Perancis yang mewah dan terbesar di Eropah. Galeri utamanya di Boulevard Haussmann, Paris tetapi kini beroperasi di beberapa lokasi lain. Pengunjung dapat membeli belah dan menghayati seni bina bangunan yang sangat menarik.
- Bersiar menaiki bas melepasi Louvre Museum di mana potret Monalisa dipamerkan, Les Invalides yang pernah menjadi hospital tentera satu ketika dahulu dan Palais Garnier yang merupakan sebuah teater opera yang boleh memuatkan hampir 2,000 orang.
- Bergambar di Arc de Triomphe yang cukup terkenal sebagai tanda penghormatan kepada wira Perancis ketika French Revolution dan Peperangan Napoleon.
- The Eiffel Tower menara ikonik kota Paris yang dibina sempena World’s Fair lebih 130 tahun dahulu.
- Muzium Louvre: Muzium yang paling dikunjungi ramai di dunia dan mercu tanda bersejarah di Paris. Menempatkan karya seni yang paling terkenal termasuk Mona Lisa dan Venus de Milo.
- Notre-Dame Cathedral Katedral Katolik zaman pertengahan yang didedikasikan kepada Virgin Mary dianggap sebagai seni bina Gothic yang terbaik.
- Grand Mosque Paris merupakan salah satu masjid terbesar di Perancis
- Bermalam di Paris.
HARI 3 : PARIS-BRUSSEL-AMSTERDAM [SP|MM]
- Lawatan di Brussels:
- Bergambar di Atomium, sebuah struktur atom unik yang dibina sempena Brussels World’s Fair 1958.
- Melawat Grand Place yang terletak di tengah bandar Brussels di mana terletak sekelilingnya Flamboyant Town Hall, Guilds of Brussels dan King’s House dan akhirnya dibawa ke tugu ikonik lagenda Manneken
Pis. Peserta boleh mencuba makanan terkenal di sini iaitu waffle dan membeli coklat buatan tempatan.
- Bermalam di Amsterdam.
HARI 4 : AMSTERDAM-ZAANSE SCHANS [SP|MM]
- Lawatan di Zaanse Schans:
- Lawatan dibawa ke perkampungan tradisi orang Belanda di Zaanse Schans, di mana peserta berpeluang berfoto secara dekat dengan pelbagai jenis kincir angin tradisional yang terdapat di sini.
- Melihat sendiri pembuatan terompah kayu tradisional di Clog Workshop dan cara pembuatan keju di Catharina Hoeve Cheese Farm.
- Lawatan di Amsterdam:
- Rasai pengalaman unik menaiki City Canal Cruise menyusuri sepanjang terusan di kota ini sambil melihat bangunan – bangunan bersejarah di sekitar Amsterdam.
- Melawat galeri pembuatan berlian Gassan Diamonds.
- Bermalam di Amsterdam.
HARI 5 : AMSTERDAM-COLOGNE-FRANKFURT [SP|MM]
- Lawatan di Cologne:
- Cologne Central Mosque masjid gaya seni bina Neo-Uthmaniyyah dengan dinding kaca , dua menara dan kubah.
- Lawatan di Frankfurt:
- Melawat Romerberg, satu dataran yang dikelilingi dengan pelbagai binaan bersejarah seperti Fountain of Justice di mana pesalah zaman dahulu dibicarakan, jambatan replika Bridge of Sighs dan juga The Romer iaitu teres 7 bangunan unik termasuk City Hall yang dibina pada hujung abad ke 13.
- Main Tower adalah pencakar langit 56 tingkat, 200m di daerah Innenstadt di Frankfurt. Ia dinamakan sempena sungai Main yang berdekatan. Menara ini mempunyai lima tingkat bawah tanah dan dua platform tontonan awam. Merupakan bangunan ke-4 tertinggi di Jerman, terikat dengan Tower 185.
- Bermalam di Frankfurt.
HARI 6 : FRANKFURT-TITISEE-SCAFFHAUSEN-ZURICH [SP|MM]
- Lawatan di Titisee:
- Alami pengalaman bersantai melihar keindahan alam di Tasik Titisee, sebuah bandar tasik yang menawan di bahagian selatan Black Forest
- Lawatan ke The Rhine Falls yang merupakan air terjun terbesar di Eropah. Berkedudukan berhampiran dengan Schaffhausen.
- Bermalam di Zurich.
HARI 7 : ZURICH-LUCERINE-INTERLAKEN/MEIRINGEN [SP|MM]
- Lawatan di Engelberg:
- Menaiki kereta kabel ke salah satu puncak pergunungan Alps iaitu Mount Titlis.
- Peserta bebas untuk berfoto, bermain salji, menerokai Glacier Cave atau menaiki jambatan gantung tertinggi di Eropah iaitu Cliff Walk.
- Membeli-belah di butik jam terkenal iaitu Bucherer dan barangan cenderamata di Casa Grande.
- Chapel Bridge: Jambatan kayu yang dibina pada tahun 1333 asalnya sebagai Sebahagian dari tembok pertahanan kota ini.
- Lion Monument: Ukiran tugu batu singa dan perisai melambangkan kegagahan, keberanian dan kesetiaan Swiss Army ketika zaman French Revolution.
- Bermalam di Interlaken/Meiringan.
HARI 8 : INTERLAKEN/MEIRINGEN-LAUTERBRUNNEN-ZURICH [SP]
- Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
- Transit di Doha / Muscat.
HARI 9 : KUALA LUMPUR
- Tiba di KLIA
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
QATAR AIRWAYS
- Hari 1 : QR845 KUL-DOH [ETD 0950][ETA 1230]
- Hari 1 : QR037 DOH -CDG [ETD 1520][ETA 2030]
- Hari 8 : QR096 ZRH-DOH [ETD 1540][ETA 2330]
- Hari 9 : QR4991 DOH-KUL [ETD 0130][ETA 1355]
OMAN AIR
- Hari 1 : WY822 KUL-MCT[ETD 0950][ETA 1230]
- Hari 1 : WY131 MCT-CDG [ETD 1425][ETA 1925]
- Hari 8 : WY154 ZRH-MCT[ETD 2135][ETA 0650+1]
- Hari 9 : WY823 MCT-KUL [ETD 0905][ETA 1940]
- Paris – Ibis Style Paris Airport [2 Malam]
- Amsterdam – Holiday Inn Express Utrecht [2 Malam]
- Frankfurt – Holiday Inn Frankfurt Airport [1 Malam]
- Zurich – Holiday Inn Express Zurich [1 Malam]
- Interlaken/Meiringan – Sherlock Holmes [1 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.
-
Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Bayaran masuk ke tempat lawatan mengikut aturcara Kembara Eropah
-
Tiket menaiki kereta kabel Mount Titlis
-
Pengangkutan bot Canal Cruise Amsterdam.
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Tiket masuk ke Eiffel Tower & lain-lain tiket masuk yang tidak dinyatakan
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
- Musim Panas : Jun - Ogos
- Musim Luruh : Sep - Nov
- Musim Sejuk : Disember - Mac
- Musim Bunga : April - Mei
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
LOUVRE MUSEUM
Muzium yang paling dikunjungi ramai di dunia & mercu tanda bersejarah di Paris, menempatkan karya seni yang paling terkenal termasuk Monalisa & Venus de Milo
ZAANSE SCHANS WINDMILL
Berpeluang berfoto secara dekat dengan pelbagai jenis kincir angin di sekitar tradisional perkampungan tradisi orang Belanda
CLIFF WALK MT. TITLIS
Peserta bebas untuk berfoto, bermain salji, menerokai glacier cave atay menaiki jambatan gantung tertinggi di Eropah iaitu Cliffwalk
GRAND PALACE
Melawat Grand Palace yang terletak di tengah bandar Brussels di mana terletak sekelilingnya Flamboyant Town Hall, Guilds of Brussels, King’s House & tugu ikonik lagenda Manneken Pis
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.