JELAJAH EROPAH 6 NEGARA

12 Hari 9 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-LONDON

  • Berkumpul di KLIA  untuk menaiki penerbangan ke London (transit di Doha)

 HARI 2 : LONDON  [MT|MM]

  • Tiba di airport London.
  • Lawatan di London:
    • Melawat Istana rasmi pemerintah diraja England iaitu Buckingham Palace dan peserta berpeluang untuk melihat upacara pertukaran pengawal diraja dan berfoto di Victoria Memorial yang merupakan sebuah
      monumen air pancut di hadapan istana.
    • Tower Bridge: Jambatan ikonik London yang terkenal di atas Sungai Thames.
    • Downing Street: Jalan di Westminster di London yang menepatkan kediaman rasmi dan pejabat Perdana Menteri United Kingdom dan Caselor Perbendaharaan
    • Trafalgar Square yang merupakan sebuah dataran terkenal sempena kemenangan British dalam Battle of Trafalgar pada tahun 1805 dan menempatkan Nelson’s Column iaitu sebuah menara dikelilingi 4 ekor singa.
    • London Central Mosque: tempat ibadat Islam yang terletak di pinggir Taman Regent’s di tengah bandar London.
    • Westminster Abbey: sebuah gereja Gothic, secara rasminya dinamakan Collegiate Saint Peter di Westminster terletak di sebelah barat istana westminster yang menjadi tempat pertabalan raja dan perkahwinan keluarga diraja.
    • Tower of London secara rasminya Istana Diraja dan sebuah istana bersejarah di tebing utara River Themes di tengah London. Di sini tersimpan mahkota pemerintahan raja-raja United Kingdom.
    • Houses of Parliment berfungsi sebagai tempat pertemuan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan. Bangunan Parliment terletak di tebing utara Sungai Themes di Bandar Westminster di tengah Kota
      London, England.
  • Bermalam di London.

HARI 3 : LONDON [SP|MM]

  • Lawatan di London:
    • Mengunjungi Bicester Village yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama-jenama terkenal di samping menikmati diskaun yang luar biasa.
    • Membeli-belah di tengah kota London iaitu di Oxford Street di mana hampir 300 kedai pelbagai gedung membeli-belah terkenal seperti Primark, Marks & Spencer dan Lilywhites. Merupakan ‘Europe’s busiest
      shopping street” dengan hampir separuh juta pengunjung setiap hari.
  • Bermalam di London.

 HARI 4 : LONDON-PARIS [SP|MM]

Perjalanan dari London ke Paris menaiki Feri dari Dover ke Calais.
Bermalam di Paris.

HARI 5 : PARIS [SP|MM]

  • Lawatan di Paris:
    • Galeries Lafayette: Pusat membeli-belah Perancis yang mewah dan terbesar di Eropah. Galeri utamanya di Boulevard Haussmann, Paris tetapi kini beroperasi di beberapa lokasi lain. Pengunjung dapat membeli belah dan menghayati seni bina bangunan yang sangat
      menarik.
    • Bersiar menaiki bas melepasi Louvre Museum di mana potret Monalisa dipamerkan, Les Invalides yang pernah menjadi hospital tentera satu ketika dahulu dan Palais Garnier yang merupakan sebuah teater opera yang boleh memuatkan hampir 2,000 orang.
    • Bergambar di Arc de Triomphe yang cukup terkenal sebagai tanda penghormatan kepada wira Perancis ketika French Revolution dan Peperangan Napoleon.
    • The Eiffel Tower: Menara ikonik kota Paris yang dibina sempena World’s Fair lebih 130 tahun dahulu.
    • Muzium Louvre: Muzium yang paling dikunjungi ramai di dunia dan mercu tanda bersejarah di Paris. Menempatkan karya seni yang paling terkenal termasuk Mona Lisa dan Venus de Milo
    • Melawat ke Notre-Dame Cathedral iaitu Katedral Katolik zaman pertengahan yang didedikasikan kepada Virgin Mary dianggap sebagai seni bina Gothic yang terbaik.
    • Grand Mosque Paris merupakan salah satu masjid terbesar di Perancis
  • Bermalam di Paris.

HARI 6 : PARIS-BRUSSELS-AMSTERDAM [SP|MM]

  • Lawatan di Brussels:
    • Bergambar di Atomium, sebuah struktur atom unik yang dibina sempena Brussels World’s Fair 1958.
    • Melawat Grand Place yang terletak di tengah bandar Brussels di mana terletak sekelilingnya Flamboyant Town Hall, Guilds of Brussels dan King’s House dan akhirnya dibawa ke tugu ikonik lagenda Manneken
      Pis. Peserta boleh mencuba makanan terkenal di sini iaitu waffle dan membeli coklat buatan tempatan.
  • Bermalam di Amsterdam.

HARI 7 : AMSTERDAM-ZAANSE SCHANS / VOLENDAM [SP|MM]

  • Lawatan dibawa ke perkampungan tradisi orang Belanda di Zaanse Schans, di mana peserta berpeluang berfoto secara dekat dengan pelbagai jenis kincir angin tradisional yang terdapat di sini.
  • Melihat sendiri pembuatan terompah kayu tradisional di Clog. Workshop dan cara pembuatan keju di Catharina Hoeve Cheese Farm
  • Lawatan di Amsterdam:
    • Rasai pengalaman unik menaiki City Canal Cruise menyusuri sepanjang terusan di kota ini sambil melihat bangunan – bangunan bersejarah di sekitar Amsterdam.
    • Melawat galeri pembuatan berlian Gassan Diamonds.
  • Bermalam di Amsterdam.

HARI 8 : AMSTERDAM-COLOGNE-FRANKFURT  [SP|MM]

  • Lawatan di Cologne:
    • Cologne Central Mosque masjid gaya seni bina Neo-Uthmaniyyah dengan dinding kaxa , dua menara dan kubah
  • Lawatan di Frankfurt:
    • Melawat Romerberg, satu dataran yang dikelilingi dengan pelbagai binaan bersejarah seperti Fountain of Justice di mana pesalah zaman dahulu dibicarakan, jambatan replika Bridge of Sigh dan juga The Romer
      iaitu teres 7 bangunan unik termasuk City Hall yang dibina pada hujung abad ke 13.
    • Main Tower: Pencakar langit 56 tingkat, 200m di daerah Innenstadt di Frankfurt. Ia dinamakan sempena sungai Main yang berdekatan. Menara ini mempunyai lima tingkat bawah tanah dan dua platform tontonan awam. Merupakan bangunan ke-4 tertinggi di Jerman, terikat dengan Tower 185.
  • Bermalam di Frankfurt.

HARI 9 : FRANKFURT-TITISEE-SCAFFHAUSEN-ZURICH [SP|MM]

  • Lawatan di Titisee:
    • Alami pengalaman bersantai melihar keindahan alam di Tasik Titisee, sebuah bandar tasik yang menawan di bahagian selatan Black Forest.
    • Melawat ke The Rhine Falls yang merupakan air terjun terbesar di Eropah. Berkedudukan berhampiran dengan Schaffhausen.
  • Bermalam di Zurich.

HARI 10 : ZURICH-LUCERNE-ZURICH [SP|MM]

  • Lawatan di Engelberg:
    • Menaiki kereta kabel ke salah satu puncak pergunungan Alps iaitu Mount Titlis.
    • Peserta bebas untuk berfoto, bermain salji, menerokai Glacier Cave atau menaiki jambatan gantung tertinggi di Eropah iaitu Cliff Walk.
    • Membeli-belah di butik jam terkenal iaitu Bucherer dan barangan cenderamata di Casa Grande.
    • Chapel Bridge: Jambatan kayu yang dibina pada tahun 1333 asalnya sebagai Sebahagian dari tembok pertahanan kota ini.
    • Lion Monument: Ukiran tugu batu singa dan perisai melambangkan kegagahan, keberanian dan kesetiaan Swiss Army ketika zaman French Revolution.
  • Bermalam di Zurich.

HARI 11 : ZURICH-KUALA LUMPUR [SP]

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Transit di Doha.

HARI 12 : KUALA LUMPUR 

Tiba di Kuala Lumpur.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel 9 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Tiket menaiki kereta kabel Mount Titlis

  • Pengangkutan bot Canal Cruise Amsterdam

  • Pengangkutan feri dari Dover ke Calais

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Tiket masuk ke Eiffel Tower & lain-lain tiket masuk yang tidak dinyatakan

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

koptravel eiffel tower

EIFFEL TOWER

Menara ikonik kota Paris yang dibina sempena World’s Fair lebih 130 tahun dahulu

BUCKINGHAM PALACE

Melawat istana rasmi pemerintah diraja England iaitu Buckingham Palace & peserta berpeluang untuk melihat upacara pertukaran pengawal diraja & berfoto di Victoria Memorial yang merupakan sebuah monumen air pancut di hadapan istana

koptravel notre dame cathedral

NOTRE-DAMA CATHEDRAL

Katedral katolik zaman pertengahan yang didedikasikan kepada Virgin Marry dianggap sebagai senibina yang terbaik

koptravel cable car mt titlis

CABLE CAR MT. TITLIS

Menaiki kereta kabel ke salah satu puncak pergunungan Alps iaitu Mt Titlis

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online