HONG KONG + ZHUHAI + MACAU + SHENZHEN

5 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-HONG KONG-ZHUHAI

  • Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki penerbangan ke Hong Kong.
  • Lawatan di Zhuhai:
    • Melawat New Yuanming Palace yang merupakan sebuah taman tema budaya dan sejarah yang terletak di Zhuhai, wilayah Guangdong, China. Taman ini adalah replika sebahagian daripada Istana Musim Panas Lama
      (Yuanmingyuan) di Beijing, yang telah dimusnahkan pada tahun 1860. Ia merangkumi pelbagai paviliun, kuil dan jambatan, memberikan gambaran tentang keagungan taman diraja asal.
    • Bersiar-siar di Lover Road yang terletak di sepanjang pantai, jalan ini menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan dan suasana yang tenang. Lover’s Road dilengkapi dengan laluan pejalan kaki, taman dan tempat duduk, menjadikannya tempat yang popular untuk pelancong berjalan-jalan dan menikmati pemandangan.
    • Berfoto dengan Fisher Statue yang merupakan destinasi popular pelancong lawati. Patung ini menggambarkan seorang wanita nelayan yang memegang mutiara tinggi-tinggi dan ia melambangkan keberanian dan keazaman rakyat Zhuhai.
    • Bermalam di Zhuhai.

 HARI 2 : ZHUHAI-MACAU-SHENZHEN [SP|MM|MT]

  • Lawatan di Macau:
    • Melawat Native Store yang menampilkan produk-produk tempatan dan tradisional. Kedai ini menawarkan pelbagai barangan seperti kraftangan, pakaian tradisional dan cenderahati yang mencerminkan warisan budaya dan sejarah unik Macau.
    • Berfoto di Ruins of St Paul yang merupakan fasad depan gereja yang dibina pada awal ke-17 sebagai sebahagian daripada Kolej St Paul. Gereja ini terbakar pada tahun 1835, menyebabkan kemusnahan hampir keseluruhannya kecuali fasad yang masih berdiri.
    • Bersiar-siar di sekitar Eiffel Tower Macau yang merupakan replika ikonik Menara Eiffel yang terkenal di Paris. Terletak di kompleks kasino dan resort The Parisian Macao, menara ini dibina dengan skala separuh daripada yang asal. Ia menawarkan pemandangan panoramik bandar Macau dari dek pemerhatiannya.
    • Venetian Macau: Sebuah resort kasino mewah yang terletak di Cotai Strip, Macau.Ia terkenal dengan reka bentuknya yang menggabungkan seni bina dan suasana Venice, Itali termasuk terusan buatan yang dilengkapi dengan gondola. Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti kasino besar, hotel,
      pusat beli-belah, restoran dan dewan konvensyen.
    • Zhuhai Theatre: Teater ini menjadi tempat utama untuk
      pelbagai acara seni dan budaya seperti konsert, teater dan pertunjukan tarian, serta menjadi tarikan penting bagi penduduk tempatan dan pelancong.
  • Bermalam di Shenzhen.

HARI 3 : SHENZHEN  [SP|MM|MT]

  • Lawatan di Shenzhen:
    • Membeli-belah di Herb dan Jade Shop yang menawarkan pelbagai jenis herba yang digunakan dalam perubatan tradisional Cina seperti ginseng, wolfberry dan akar-akar ubatan lain.
    • Bersiar-siar di Oct Bay yang menawarkan pelbagai tarikan termasuk taman tema, pusat beli-belah, restoran, hotel dan kawasan tepi laut yang indah. Tempat ini terkenal dengan persembahan air dan cahaya yang spektakular serta suasana yang santai dan menyenangkan.
    • Melawat Lotus Mountain yang boleh menikmati aktiviti seperti pendakian, berjalan-jalan dan menikmati udara segar dari ketinggian. Selain itu, Lotus Mountain juga mempunyai taman-taman yang indah dengan pelbagai spesies flora dan fauna tempatan.
    • Melawat Nantou Ancient City yang merupakan kawasan peninggalan bersejarah yang mempunyai bangunan-bangunan lama dan struktur bersejarah seperti tembok kota, pintu gerbang dan kuil-kuil kuno. Nantou Ancient City merupakan tempat yang penting dalam sejarah perkembangan Shenzhen dari sebuah kampung nelayan menjadi bandar moden.
    • Bersiar-siar malam di Shenzhen dengan menaiki bas
      double decker.
  • Bermalam di Shenzhen.

 HARI 4 : SHENZHEN-HONG KONG [SP|MT|MM]

  • Melawati 1881 Heritage yang merupakan bekas bangunan polis yang terkenal dengan seni bina bersejarahnya.
    Pelancong boleh menikmati seni bina bersejarah, membeli-belah di butik mewah, menjamu selera di restoran eksklusif
    dan menikmati pameran serta acara budaya yang sering
    diadakan disini.
  • Melawat West Kownloon Cultural Park yang merupaka 
    sebuah pusat seni dan budaya yang terletak di tepi pantai di Kowloon Barat. Ia menawarkan pelbagai kemudahan seperti teater, galeri seni, ruang pameran dan taman-taman awam yang luas. Taman budaya ini bertujuan untuk mempromosikan seni dan budaya di Hong Kong dengan menyelenggara berbagai acara seni seperti pementasan teater, konsert, pameran seni visual dan festival budaya.
  • Melawat Ladies Market yang terletak di daerah Mong Kok di Kowloon. Pasar ini terkenal dengan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, cenderahati, mainan dan peralatan rumah tangga, kebanyakkannya ditujukan untuk wanita, yang memberi nama kepada pasar ini. Dengan lebih dari 100 gerai yang berderet sepanjang jalan Tung Choi Street, pasar ini adalah tempat yang popular bagi penduduk tempatan dan pelancong untuk tawar-menawar harga.
  • Melawat Clock Tower yang dibina pada tahun 1915 sebagai
    sebahagian daripada Stesen Kereta Api Kowloon-Canton. Di Clock Tower Hong Kong, pelancong boleh menikmati pemandang indah Victoria Harbour, mengambil gambar mercu tanda bersejarah ini dan berjalan-jalan di
    sekitar Tsim Tsui Promenade.
  • Bersiar-siar di Golden Bauhinia Square dan mengambil gambar dengan patung bauhinia berwarna emas. Dataran ini menjadi simbol penting kerana disinilah serah terima
    kedaulatan Hong Kong dari Britain kepada China pada tahun 1997 berlangsung. Di Golden Bauhinia Square Hong Kong, pelancong juga boleh menghadiri upacara mengibarkan bendera pagi, menikmati pemandangan Victoria Harbour.
  • Melawat Avenue of Star yang menawarkan pemandangan
    indah ke Pelabuhan Victoria serta patung-patung perak yang menghormati selebriti dari industri filem Hong Kong.
    Pelancong boleh mengambil gambar dengan patung-patung disitu dan menikmati acara-acara seni dan budaya yang diadakan di sepanjang jalur ini.
  • Membeli-belah di Jewelry and Choco Shop menawarkan
    pelbagai perhiasan seperti cincin, kalung dan gelang yang
    direka dengan teliti serta pelbagai jenis coklat buatan tangan yang mewah dan berkualiti tinggi.
  • Bermalam di Hong Kong.

HARI 5 : HONG KONG-KUALA LUMPUR

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

YUANMING PALACE

Sebuah taman tema budaya dan sejarah yang terletak di Zhuhai, wilayah Guangdong, China. Taman ini adalah replika sebahagian daripada Istana Musim Panas Lama.

koptravel venetian macao

VENETIAN MACAO

Sebuah resort kasino mewah yang terletak di Cotai Strip, Macau. Ia terkenal dengan reka bentuknya yang menggabungkan seni bina dan suasana Venice, Itali.

koptravel nantou ancient city

NANTOU ANCIENT CITY

Kawasan peninggalan bersejarah yang mempunyai bangunan-bangunan lama dan struktur bersejarah seperti tembok kota, pintu gerbang
dan kuil-kuil kuno.

koptravel 1881 heritage

1881 HERITAGE

Bekas bangunan polis yang terkenal dengan seni bina bersejarahnya. Pelancong boleh menikmati seni bina bersejarah, membeli-belah di butik mewah, menjamu selera.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online