HANOI + SAPA + MT. FANSIPAN

5 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR – HANOI [MM]

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.
  • Tiba di Hanoi :
    • Melawat ke pusat bandar Hanoi dan berhenti bergambar di bangunan bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan Chuong Gate.
    • Old Quarter (36 Ancient Streets) : Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.
    • Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market : Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.
    • Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan  satu-satunya masjid yang ada di Hanoi.
    • Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. Ia juga kaya dengan aroma masakan dari gerai jalanan, aktiviti dan juga keunikan rekaan bangunannya. Anda juga boleh menaiki beca untuk mengelilingi kawasan ini atas tanggungan sendiri. Bermalam di Hanoi.

 HARI 2 : HANOI-SAPA [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Sapa :
    • Melawat ke Lao Chai Village yang merupakan perkampungan indah yang dikelilingi kawasan pergunungan dan sawah padi.
    • Melawat ke satu pemandangan yang sinonim Sapa iaitu Muong Hoa Valley yang mempunyai keluasan sawah padi terbesar di daerah ini. Ia juga merupakan kawasan penempatan etnik Hmong, Tay dan Red Dao. Dengan suasana kehijauan yang menyegarkan mata, keunikan rupa bumi di sini mencuri perhatian para pengkaji dunia termasuklah dari Russia dan Perancis.
    • Melawat ke Black H’mong Village of Lao Chai yang merupakan perkampungan etnik minoriti di Vietnam dan melawat ke Ta Van Village iaitu perkampungan kepada pelbagai kumpulan etnik, kebanyakkannya adalah orang Hmong dan kumpulan etnik Giay.
    • Bermalam di Sapa.

HARI 3 : SUN WORLD FANSIPAN MT-CAT CAT VILLAGE [SP|MT|MM]

  • Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10-12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.
  • Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt. Fansipan.
  • Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza.
  • Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang
    mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat. Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.
  • Bermalam di Sapa.

 HARI 4 : SAPA-VIET/CHINA BORDER-DELTA-HANOI [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Hanoi :
    • Berhenti di bandar Lao Cai dan bergambar di Border Markers No. 102 yang merupakan sempadan negara antara Vietnam (Lao Cai) dan China (Hekou). Laluan sempadan ini biasanya digunakan sebagai medium pengangkutan barang antara dua negara Vietnam dan China.
    • Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. 
  • Bermalam di Hanoi

 HARI 5 : HANOI- KUALA LUMPUR [SP]

  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Kereta kabel & keretapi ke puncak Fansipan.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai.

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah.

  • Insurans kembara (travel insurance).

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online