DUBAI + ABU DHABI + SHARJAH

6 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR – DUBAI [MT|MM]

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Dubai.
  • Tiba di Lapangan Terbang Dubai.
  • Lawatan di Dubai :
    • Dubai Frame : Sebuah mercu tanda unik berbentuk bingkai gambar keemasan yang terletak di tengah-tengah antara kawasan Old Dubai dan New Dubai yang berketinggian 150m dibina pada 2013.
    • Berfoto di binaan ikonik terbaru Museum of The Future yang berbentuk oval berwarna perak dan dikelilingi dengan tulisan khat Arab puisi yang ditulis oleh PM UAE.
    • Burj Al Arab : Hotel yang paling mewah dan ikonik di dunia berketinggian 321m yang dibina pada 1999. Bentuknya unik seakan layar kapal dan dibina atas pulau buatan di persisiran Jumeirah Beach.
    • Menikmati panorama di sekitar, Atlantis the Palm dan Palm Jumeirah.
    • Menikmati makan malam dan persembahan tradisi orang Arab di dalam kapal tradisional Dhow Cruise Dinner yang berlampuan sambil menyusuri sungai Dubai Creek.
  • Bermalam di Dubai.

 HARI 2 : DUBAI [SP|MT]

  • Lawatan di Dubai :
    • Miracle Garden : Taman bunga ini dibuka pada tahun 2013 meliputi lebih dari 72,000-meter persegi. Menjadikannya salah satu taman bunga semulajadi terbesar di dunia.
    • Bersiar-siar di sekitar kawasan Old Dubai untuk melihat
      bangunan asal kota ini sebelum membangun seperti hari ini dan menaiki bot tradisional Abra Water Taxi menyelusuri sepanjang tebing sungai Dubai Creek.
    • Masa bebas untuk membeli-belah di Gold Souk dan Spice Souk, dan antara barangan popular dibeli ialah barangan kemas, kurma, kekacang, minyak wangi dan kain pakaian. Di pasar ini juga merupakan lokasi untuk mendapatkan Zaatar, herba campuran yang terkenal di benua ini sebagai penambah rasa memasak daging.
    • Membeli-belah barangan buatan kulit di Leather Shop.
    • Bergambar di Burj Khalifa, menara ikon Dubai yang berukuran 828M dan di iktiraf sebagai menara tertinggi di dunia. Tetamu juga boleh menempah lawatan tambahan At the Top untuk naik ke tingkat 124 untuk menikmati permandangan panorama Kota Dubai.
    • Masa bebas untuk membeli-belah di salah sebuah shopping mall terbesar di dunia, Dubai Mall yang turut menempatkan Dubai Aquarium, di mana tetamu boleh bergambar secara percuma di skrin gelas lutsinar di ruang legar atau melawat di dalamnya dengan bayaran tambahan.
    • Menikmati persembahan menakjubkan “Fountain Show” seakan Las Vegas di kolam Dubai Mall ini.
  • Bermalam di Dubai.

HARI 3 : DUBAI-ABU DHABI-DUBAI [SP|MT]

  • Lawatan di Dubai:
    • Emirate Heritage Village : perkampungan tradisi yang
      memaparkan cara kehidupan orang asal UAE sebagai nelayan dahulukala dan juga rumah asal mereka yang dibina di tebing laut.
    • Menikmati pemandangan panorama kotaraya Abu Dhabi termasuk bangunan Emirates Palace, Etihad Tower dan kawasan pantai The Corniche.
    • Solat di Sheikh Zayed Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di UAE. Mempunyai 4 menara setinggi 107m dan terdapat sebanyak 82 buah kubah pelbagai saiz.
    • Membeli-belah barangan tradisional buatan tangan di
      Handicraft Gallery.
    • Melawat pameran terkenal Global Village yang menempatkan 27 buah pavilion replika binaan terkenal seluruh dunia yang bercahaya berwarna-warni di samping tetamu dapat merasai makanan dari 90 buah negara yang terdapat di lebih 200 buah restoran dan gerai. Selain itu, terdapat juga tarikan Ripley’s Believe It or Not dan persembahan tradisi dari negara-negara
      terlibat dan aksi stunt motosikal.
  • Bermalam di Dubai.

 HARI 4 : DUBAI [SP|MM]

  • Aktiviti bebas di siang hari untuk anda menerokai kota Dubai.
    • Rasai pengalaman unik di Desert Safari merentasi beting beting pasang pasir dengan menaiki jeep 4×4 berkuasa tinggi dan berswafoto di tengah padang pasir.
    • Makan malam BBQ di tengah padang pasir dan menikmati pertunjukan tradisional orang Arab Badwi sambil berpeluang merasai pengalaman menunggang unta dan sesi berinai di Deluxe BBQ Camp.
  • Bermalam di Dubai.

HARI 5 : DUBAI-SHARJAH-KUALA LUMPUR [SP]

  • Membeli-belah saat akhir di Blue Souk yang banyak menjual pakaian Muslimah dan barangan kemas, dan juga cenderamata di Gifts Zone.
  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 6 : KUALA LUMPUR 

  • Tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Makan malam di dalam bot Dhow Cruise Dinner & Deluxe BBQ Camp.

  • Pengangkutan Abra Water Taxi & Desert Safari Jeep.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Aktiviti/lawatan yang tidak terdapat dalam aturcara program.

  • Harga lawatan tambahan (Optional Tour) : 

    • At the Top Burj Khalifa (Dubai) : USD48/pax
    • Dubai Aquarium (Dubai) : USD38/pax
    • Dubai Frame (Dubai) : USD18/pax
  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

koptravel global village dubai

GLOBAL VILLAGE

Melawat pameran terkenal Global Village yang menempatkan 27 buah pavilion replika binaan terkenal seluruh dunia yang bercahaya berwarna-warni di samping tetamu dapat merasai makanan dari 90 buah negara yang terdapat di lebih 200 buah restoran & gerai.

EMIRATES HERITAGE VILLAGE

Perkampungan tradisi yang memaparkan cara kehidupan orang asal UAE sebagai nelayan  dahulukala & juga rumah asal mereka yang dibina di tepi laut.

DESERT SAFARI

Rasai pengalaman unik di Desert Safari merentasi beting-beting padang pasir dengan menaiki jeep 4×4 berkuasa tinggi & berswafoto di tengah padang pasir.

MIRACLE GARDEN

Berjalan-jalan melalui taman keajaiban yang meriah & indah, syurga bunga yang menakjubkan di Dubai, menampilkan lebih 50 juta bunga mekar tersusun dalam paparan yang menakjubkan.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online