DA NANG + HOI AN + BA NA HILLS

5 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR – DA NANG [MT|MM]

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Da Nang. Lawatan di Da Nang :
    • Bergambar di Dragon Bridge yang merupakan ikon bandar Da Nang. Reka bentuk Naga pada jambatan ini dianggap simbol kemewahan dalam budaya Vietnam.
      Pada waktu malam, jambatan ini disinari oleh
      ribuan lampu LED yang sangat menakjubkan.
    • Bergambar di air pancut Dragon Carp yang dibina oleh 30 pengukir dari Non Nuoc. Air pancut ini mirip dengan Merlion yang terkenal di Singapura.
    • Berfoto di Love Lock Bridge yang diinspirasikan
      dari jambatan padlock terkenal dunia iaitu Pond des Arts di Paris, Hohenzollern di Jerman dan Milvio di Ilati.
    • Bermalam di Da Nang.

 HARI 2 : DA NANG -BA NA HILLS-DA NANG [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Ba Na Hills :
    • Melawat ke Ba Na Hills yang mula dibuka oleh penjajah Perancis pada tahun 1919, kemudian dijadikan sebagai tempat persinggahan dan tempat rehat mereka pada hujung minggu. Ba Na Hills ini mempunyai ketinggian
      1500-meter dari aras laut, menjadikan suhunya sederhana sejuk sepanjang tahun.
    • Peserta akan menaiki kereta kabel perjalanan selama 15-20 minit untuk sampai ke puncak Ba Na Hills.
    • Le Jardin D’amour (Paradise Garden) : Taman bunga LeJardin D’Amour mempunyai keluasan 21,000 meter persegi dan mempunyai lebih 1000 spesis pokok hidup. Taman bunga gaya Perancis sentiasa menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pencinta alam
      semula jadi.
    • Da Nang French Village : Perkampungan Perancis ini merupakan replika seakan-akan seperti zaman Perancis klasik. Semua senibina seperti hotel, cafe, kedai makan, dan bangunan-bangunan lain semuanya bertemakan rekaan zaman Perancis Klasik.
    • Fantasy Park : Taman tema indoor in terbahagikan kepada tiga tingkat, dimana aras satu merupakan lokasi Thrill Zone, aras kedua Spirit of Adventure dan tiga ialah Mystery World yang memberikan pengalaman
      berbeza di setiap tingkat. Peserta boleh bermain pelbagai jenis permainan yang menarik seperti Roller Coaster, 360 Ferris Wheels, Rock Climbing dan lain-lain.

  • Bermalam di Da Nang.

HARI 3 : DA NANG-HOI AN-DA NANG [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Hoi An :
    • Bergerak ke Hoi An melalui Marble Mount merupakan gabungan kepada lima puncak batu kapur yang terletak tujuh kilometer dari pusat bandar Da Nang.
    • Singgah di Non Nuoc Stone Village yang terletak di kaki pergunungan Marble Mount. Masyarakat di perkampungan ini berkemahiran mengukir kraftangan dengan menggunakan batu marmar dan batu-batu yang lain.
    • Peserta akan menaiki sampan bulat yang dipanggil sebagai Basket Boat melalui laluan sungai di sepanjang Bay Mau Coconut Forest yang berusia lebih lebih dari 200 tahun. Rasai pengalaman melihat persembahan menarik seperti “Basket Dance”, demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala besar dan lain-lain. Peserta digalakkan memberi tip kepada pengemudi Basket Boat.
    • Melawat Old Quarter Hoi An. Kebanyakan bangunan dan rumah di sini adalah struktur reka bentuk tradisional sejak abad ke-17. Bandar bersejarah yang terletak di wilayah Quang Nam ini pernah menjadi tempat perdagangan terbesar Asia Tenggara pada abad ke-17.
    • Bermalam di Da Nang.

 HARI 4 : DA NANG-HUE CITY-DA NANG [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Hue City :
    • Bergerak ke Hue City melalui Hai Van Pass yang menyajikan pemandangan tepi laut yang menarik.
    • Melawat bandar Hue City yang dikenali sebagai tapak warisan dunia UNESCO yang kaya dan menarik keindahan semulajadi. Bandar Hue menjadi bandar tertua dan mempunyai banyak sejarah di masa lalu.
      Ia menjadikan bandar ini terkenal dengan tarikan pelancong datang dari pelbagai negara.
    • Pulang ke Da Nang melalui Hai Van Tunnel yang merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 6.28km.
    • Masa bebas untuk membeli belah di Da Nang Market. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.
    • Masa bebas bersiar-siar di My Khe Beach. Sambil anda mendengar bunyi ombak yang menenangkan minda, anda juga boleh merendam kaki di air pantai, bermain pasir dan melihat matahari terbenam.
    • Bermalam di Da Nang.

 HARI 5 : DA NANG- KUALA LUMPUR [SP]

  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pakej termasuk Le'Jardin D'armour, Da Nang French Village & Fantasy Park.

  • Menaiki sampan Basket Boat di Hoi An.

  • Kereta kabel ke puncak Ba Na Hills.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai.

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah.

  • Insurans kembara (travel insurance).

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online