BEIJING + INNER MONGOLIA

8 Hari 6 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-BEIJING 

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing

 HARI 2 : BEIJING [MT|MM]

  • Lawatan di Beijing:
    • Melawat Summer Palace yang dibina pada kurun ke-12
      di sekitar Longevity Hill dan Kunming Lake ketika zaman
      Dinasti Yuan sebagai istana bersemayam musim panas
      bagi maharaja China. Diiktiraf sebagai taman istana terbesar di dunia, tetamu akan dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan. Antara tarikan di sini ialah Seventeen-Arch Bridge, Wenchang Pavilion, Foxiang Ge Tower dan Hall of Benevolence and Longevity.
    • Bersiar-siar di sekitar Olympic Village dan berfoto dengan pelbagai jenis mural dan monumen yang berkaitan Olimpik yang dihasilkan ketika kejohanan berlangsung.
    • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
    • Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.

HARI 3 : BEIJING  [SP|MT|MM]

  • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah
    dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah
    tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti
    pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti
    Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People
    dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of
    Mao Zedong dan National Museum of China.
  • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Tarikan utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, selain Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.
  • Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.
  • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang
    dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaikpulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
  • Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu
    boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
  • Melawat Chinese Herb Center, pusat perubatan tradisional cina yang menggunakan herba yang berkualiti yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan China.
  • Menyaksikan persembahan penuh ilusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.

 HARI 4 : BEIJING [SP|MT|MM]

  • Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa
    melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah pergunungan dan sungai Guangou.
  • Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah pusat perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun temurun.
  • Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.

HARI 5 : BEIJING-HOHHOT-BAOTOU [SP|MT|MM]

  • Merasai pengalaman menaiki Bullet Train menuju ke Hohhot.
  • Xilamuren Grassland: Merupakan padang rumput hijau dan salah satu tempat semula jadi yang terbaik di dunia. Pengunjung dapat menikmati pemandangan rumput hijau sejauh mata memandang, bunga liar pelbagai warna menghiasi padang rumput dan binatang ternakan seperti kuda, lembu dan biri-biri. Berbagai persembahan dan
    aktiviti yang disediakan untuk pengunjung seperti gusti, tarian, persembahan muzik, menunggang kuda dan bermalam di Yurt moden.

HARI 6 : BAOTOU-ORDOS-HOHHOT [SP|MT|MM]

  • Kubuqi Desert: Lanskap unik bukit yang berpasir ini menjadi daya tarikan para pengunjung. Tempat ini menawarkan aktiviti seperti mendaki padang pasir, luncur pasir, menunggang unta kereta kabel dengan sedikit bayaran tambahan. Tempat ini menawarkan pengalaman
    yang unik dan tidak akan dilupakan bagi para pengunjung yang ingin menjelajahi keindahan alam gurun.
  • Bermalam di Hothot.

HARI 7 : HOHHOT-BEIJING [SP|MT|MM]

  • Melawat dan menziarahi Grand Mosque, masjid yang terawal dan terbesar yang dibina di Hohhot. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan beberapa kali telah diubah suai. Seni bina yang bertemakan Cina dan Arab ini bertambah unik apabila digabungkan dengan batu bata yang berwarna hitam.
  • Membeli pelbagai makanan di Muslim Food Street yang terletak di muslim bazar. Pelbagai jenis makanan yang halal dijual sepanjang jalan bazar ini.
  • Inner Mongolia Museum: Dibina pada tahun 1957 dan terletak di tengah-tengah bandar Hohhot. Muzium ini menyediakan bahan pameran lebih dari 150,000 keping bahan-bahan sejarah. Termasuk fosil dari zaman Dinasour sehingga zaman permulaan tamadun Mongolia.
  • Bermalam di Beijing.

HARI 8 : BEIJING-KUALA LUMPUR [SP]

Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan negara yang dilawati

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

koptravel mongolia yurt

MONGOLIAN YURT

Bermalam di ‘Mongolian Yurt’, sejenis khemah bercirikan konsep masyarakat Mongolia tempatan.

koptravel tianmen square

TIANANMEN SQUARE

Sebuah dataran yang penuh dengan sejarah.

koptravel water cube

WATER CUBE

Merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.Dapat menikmati pemandangan flora yang cantik dan panorama sekitar tasik yang mengagumkan seperti Wenchang Pavilion, Foxiang
Ge Tower.

koptravel bird nest stadium

BIRD NEST STADIUM

Sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana reka bentuk unik seakan sarang burung, di mana struktur luaran stadium dibuat dari pada besi keluli.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online