BANGKOK + KANCHANABURI

5 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR – BANGKOK [MT|MM]

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.
  • Lawatan ke Bangkok :
    • Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot persiaran Chao Phraya River Tourist Boat yang akan berhenti di beberapa jeti sepanjangsungai ini dan anda boleh hop on hop off di jeti-jeti ini untuk melawat tarikan seperti Flower Market, Wat Arun dan China Town.
    • Bermalam di Bangkok.

 HARI 2 : BANGKOK – RATCHABURI – KANCHANABURI [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Ratchaburi :
    • Maeklong Railway Market : Pasar yang unik dengan peniaga menjual barangan mereka di tepi rel keretapi dan akan mengalihkan barangan setiap kali keretapi lalu.
    • Damnoen Saduak Floating Market : Pengalaman berharga menaiki sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar terapung yang paling terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi.
  • Lawatan di Kanchanaburi :
    • Merasai pengalaman berjalan dan bersiar-siar di jambatan kaca setinggi 12m, Skywalk Over The River Kwai sepanjang 150m yang di sepanjang tebing muara pertemuan 3 buah sungai.
  • Bermalam di Kanchanaburi.

HARI 3 : KANCHANABURI [SP|MT|MM]

  • Death Railway Station : Melawat jambatan landasan keretapi merentasi River Kwai yang amat bersejarah dan terkenal dengan jolokan nama Death Railway kerana berpuluh ribu nyawa buruh paksa terkorban ketika laluan keretapi sepanjang 415km yang menghubung
    kan Thailand-Burma ini dibina.
  • Berfoto di pokok gergasi berusia lebih 100 tahun sebesar pemeluk 10 orang, Giant Monkey Pod Tree.
  • Merasai pengalaman bermakna dengan menaiki Classic Train Ride yang melalui sepanjang Death Railway dengan pemandangan damai River Kwai dan bukit-bukau.
  • Isi masa terluang dengan membeli-belah di JJ Local Night Market, pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan, produk kecantikan, pakaian dan aksesori
    elektronik.
  • Bermalam di Kanchanaburi.

 HARI 4 : KANCHANABURI [SP|MT|MM]

  • Safari Park Kanchanaburi : Keunikan Safari Park ini adalah pelawat boleh memandu kereta sendiri atau menggunakan pengangkutan yang disediakan untuk mendekati dan
    melihat haiwan. Syurga bagi mereka yang gemar bergambar kerana anda boleh berjumpa dengan pelbagai haiwan daripada anak harimau sehinggalah gajah dan berpeluang memberi makan kepada zirafah dalam jarak dekat, selain pertunjukan buaya yang menarik.
  • Lawatan di Bangkok :
    • Membeli batu permata di galeri Gems Factory.
    • Erawadee Herb & Health Shop : Kilang yang menghasilkan ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herbasemulajadi dan organik milik keluarga Diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.
    • Masa bebas untuk membeli-belah barangan tempatan dan cenderamata di pasar malam terbuka One Ratchada Night Market yang menempatkan lebih 100 peniaga, selain menikmati persembahan live muzik dan berfoto di beberapa spot yang menarik di sini.
  • Bermalam di Bangkok.

 HARI 5 : BANGKOK – KUALA LUMPUR [SP|MT|MM]

  •  Membeli makanan kering untuk dijadikan ole-ole di Bow Tip Thai Dried Food Store.
  • Waktu bebas membeli belah di Pratunam Market yang merupakan kedai kain yang terbesar di Thailand.
  • Menaiki penerbangan pulang dan mendarat di KLIA Terminal 1.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Skywalk Over The River Kwai, Safari Park Kanchanaburi, Classic Train Ride & Chao Phraya River Tourist Boat.

  • Pengangkutan sampan di Damnoen Saduak Floating Market.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai.

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah.

  • Insurans kembara (travel insurance).

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online