BALKAN 5 NEGARA

Skopie – Macedonia – Albania – Montenegro Bosnia & Herzegovina – Croatia

10 Hari 7 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR – ISTANBUL 

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Skopje (transit di Istanbul.

 HARI 2 : ISTANBUL-SKOPJE [MT|MM]

  • Lawatan di Skopje :
    • Skopje Kale Fortress : Kota pertahanan yang terletak di tengah bandar Skopje ini dibina seawal kurun ke-6 lagi.
    • Stone Bridge : Jambatan batu yang merentasi Vardar River di tengah kota ini dibina pada tahun 1451.
    • Alexander The Great Statue : Tugu setinggi 14.5 m ini dibina pada tahun 2011 sempena 20 tahun kemerdekaan Republic of Macedonia.
    • Masa bebas di Macedonia Square sambil membeli-belah cenderamata dan makanan tradisi di Old Bazaar.
    • Old Train Station : Stesen Keratapi lama dibina pada tahun 1938 dengan hiasan Byzantine. Bermalam di Skopje.

HARI 3 : SKOPJE-TETOVO-OHRID-STRUGA [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Tetovo :
    • Sarena Painted Mosque : Kompleks masjid yang berwarna-warni ini dibina pada tahun 1438 dan turut menempatkan laman bunga, sekolah Medresa dan Turbe (makam) 2 beradik perempuan yang menaja
      pembinaan masjid ini.
  • Lawatan di Ohrid:
    • Haji Turgut Mosque : Masjid yang tertua di sini yang dibina pada tahun 1466.
    • Abedin-Pasha Mosque : Masjid yang dibina pada abad ke-17 yang turut menempatkan makan Emir pertama Ohrid.
    • Masa bebas di Chinar Square yang terkenal dengan Old Chinar Tree yang berusia lebih 1000 tahun dan membeli-belah di Old Bazaar Street.
    • Nikmati pemandangan indah Lake Ohrid yang cukup indah dan luas umpama lautan.
    • Monastery of St. Naum : Biara Ortodoks ini dibina di tebing Lake Ohrid sejak tahun 905 ketika zaman Bulgarian Empire.
  • Bermalam di Struga.

 HARI 4 : STRUGA-TIRANA-SHKODER [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Tirana :
    • Ethem Bey Mosque : Dibina pada tahun 1791, masjid ini menjadi pemangkin kejatuhan komunisme negara ini.
    • Clock Tower of Tirana : Menara jam setinggi 35m yang dibina pada tahun 1811.
    • Lawatan bas panorama melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum, Cold War Bunker, Skanderbeg Square dan Skanderbeg Monument.
  • Lawatan di Shkoder :
    • Lawatan bas panaroma melepasi Rozafa Castle kota pertahanan dan kediaman zaman Illyrian , Ebu Beker Mosque dan Shkoder Lake.
    • Bermalam di Shkoder.

 HARI 5 : SHKODER- KOTOR-DUBROVNIK-TREBINJE [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Kotor:
    • Old Town of Kotor : Antara kota tepi laut yang tercantik di Mediterranean dengan tembok kota setinggi 20m dan antara tarikan di sini ialah Square of Arms, Watch Tower, Prince’s Palace, Pillar of Shame dan Sea Gate of 1555.
    • Old City of Dubrovnik : Dikenali sebagai Pearl of the Adriatic kerana keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya destinasi wajib jika ke Balkans. Melawat tarikan utama di dalam tembok kota ini seperti Large Onofrio Fountain, Rector’s Palace, Clock Tower, Bell Tower, Orlando’s Column dan juga bersiar-siar.
  • Bermalam di Trebinje.

HARI 6 : TREBINJE-BLAGAJ-MOSTAR [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Blagaj:
    • Berfoto dan menikmati pemandangan yang amat indah di mata air Buna River Spring.
  • Lawatan di Mostar:
    • Mostar Bridge: Jambatan ikonik Bosnia yang terkenal di serata dunia dan dibina pada abad ke-16 berdasarkan senibina Islamik Balkan.
    • Koski Mehmed Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618 berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki.
    • Membeli-belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terletak di sepanjang Neretva River.
  • Bermalam di Mostar.

HARI 7 : MOSTAR-SARAJEVO [SP|MT|MM]

  • Bersiar-siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang semulajadi taman ini.
  • Tunnel of Hope: Terowong yang dibina ketika Perang Bosnia dan digunakan penduduk setempat bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika mana pada waktu itu bandar Sarajevo dikepung oleh tentera Serbia.
  • Membeli-belah di Bascarsija Bazaar sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia dibina pada tahun 1530, menara jam Sahat Kula dan juga Vijecnica.
  • Temui dan ambil foto Sarajevo Roses, nama panggilan kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah membentuk seakan bunga ros di hadapan Sacred Heart Cathedral.
  • Bermalam di Sarajevo.

HARI 8 : SARAJEVO-AHMICI-JAJCE-BIHAC [SP|NT|MM]

  • Lawatan di Ahmici :
    • Melawat 116 Monument di perkampungan kecil Ahmici di mana terjadinya peristiwa tragik pembunuhan 116 orang penduduk dalam satu pagi oleh tentera Croatia ketika Perang Bosnia.
  • Lawatan di Jajce :
    • Berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27m dan Watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu di atas Pliva River di Jajce.
  • Bermalam di Bihac.

HARI 9 : BIHAC-PLITVICE-ZAGREB-KUALA LUMPUR [SP|MT]

  • Melawat dan bersiar-siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil sebagai syurga dunia. Sesuai panggilannya, kawasan ini cukup indah dengan tasik yang kehijauan dan rangkaian air terjunnya yang menakjubkan.
  • Lawatan di Zagreb :
    • Melawat sekitar kota Zagreb terutamanya di Ban Jelacic Square yang terdapatnya Zagreb City Skale Model, Ban Jelacic Statue dan Lotrscak Tower.
  • Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Istanbul).

HARI 10 : ISTANBUL-KUALA LUMPUR

  • Tiba di lapangan terbang KLIA.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Kravice Waterfalls, Vrelo Bosne, Tunnel of Hope, Kotor Old Town & Plitvice Lakes.

  • Optional Tour : Bot Lake Ohrid Eur 30

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai.

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

PLITVICE LAKES

Melawat & bersiar-siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil syurga dunia. Sesuai panggilannya, kawasan ini cukup indah dengan tasik yang kehijauan & rangkaian air terjunnya.

KOP TRAVEL MONASTERY OF ST. NAUM

MONASTERY OF ST. NAUM

Biara ortodoks ini dibina di tebing Lake Ohrid sejak tahun 905 ketika zaman Bulgarian Empire

KOP TRAVEL OLD CITY OF DUBROVNIK

OLD CITY OF DUBROVNIK

Dikenali sebagai Pearl of the Adriatic kerana keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya destinasi wajib jika ke Balkan.

KOP TRAVEL PLIVA WATERFALL

PLIVA WATERFALL

Berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27m & Watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu di atas Pliva River di Jajce.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online