HARBIN ICE FESTIVAL
7 Hari 6 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR-BEIJING-SHENYANG [SP|MT|MM]
- Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.
Selepas lawatan di Beijing selesai terus menaiki keretapi
berkelajuan tinggi ke Shenyang (2 jam 45 minit).
Lawatan di Beijing:- Melawat Beijing Tian’anmen Square yang merupakan salah satu dataran bandar terbesar di dunia dan boleh menampung 1 juta orang untuk mengadakan perhimpunan besar.
- Melawat Qianmen Street yang merupakan pusat perdagangan dan budaya sejak zaman Dinasti Ming dan Qing. Jalan ini juga telah mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti gerbang besar dan jalanan berbatu untuk memberikan pengalaman klasik kepada pengunjung.
- Bersiar-siar di Dashilan yang merupakan tempat komersial tertua di Beijing dan banyak kedai berusia lebih seabad di kedua-dua belah jalan untuk dilawati. Bermalam di Shenyang.
HARI 2 : SHENYANG-JILIN [SP|MT|MM]
- Lawatan di Shenyang:
- Melawat Shenyang Imperial Palace yang merupakan salah satu contoh seni bina terbaik Manchu. Mempunyai lebih daripada 300 bangunan, ia menampilkan gaya tradisional China yang unik dan berfungsi sebagai pusat politik dan kebudayaan pada zamannya.
- Melawat Zhang’s Mansion sambil menerokai seni bina gabungan Barat dan tradisional China serta pameran yang memaparkan kehidupan Zhang dan peristiwa sejarah utama .
- Melawat di Shenyang Zhongjie yang merupakan pusat komersial terawal Shenyang berusia hampir 400 tahun dan mempunyai reputasi “Jalan Pertama di Timur Laut China”.
- Bersiar-siar di sekitar Songhua River untuk melihat
pemandangan malam sungai songhua, pemandangan
beberapa jambatan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri
merentasi Sungai Songhua di bandar Jilin beserta pemandangan bunga api menjadikan tempat ini spot yang menarik untuk bergambar. Bermalam di Jilin.
HARI 3 : JILIN-CHANGCHUN [SP|MT|MM]
- Lawatan di Jilin:
- Melawat di Rime Corridor yang terkenal dengan pemandangan rime, fenomena semula jadi di mana pokok dan tumbuhan diliputi ais kristal yang indah. Ia juga mempunyai aktiviti luar seperti bermain ski.
- Bersiar-siar di Changbai Island untuk melihat beribu-ribu burung dan itik liar yang datang berkumpul disini beserta pemandangan yang cantik menjadikan tempat ini salah satu tempat bergambar yang cantik serta memberi kelainan pada tetamu.
- Melawat Manchu Folk Museum yang merupakan salah satu rumah halaman yang dipelihara dengan baik di timur laut China.
- Lawatan di Changchun:
- Membeli-belah di The Hill Mall serta boleh melawat pelbagai kedai khas and merasai pelbagai jenis makanan.
- Bermalam di Changchun.
HARI 4 : CHANGCHUN-HARBIN [SP|MT|MM]
- Lawatan di Changchun:
- Melawat The Manchuko Imperial Palace Museum yang merupakan tapak bersejarah penting. Disini pelancong dapat berjalan ke bilik-bilik diraja dan taman serta kawasan lain untuk melihat seni bina dan budaya era Manchukuo.
- Melawat The Eight Departments of Manchukuo yang pernah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan boneka Manchukuo yang ditubuhkan oleh Jepun pada tahun 1930-an. Tempat ini menawarkan wawasan mendalam tentang pengaruh Jepun di Manchuria.
- Lawatan di Harbin:
- Melawat Sun Island International Snow Sculpture Art Expo yang merupakan taman hiburan dengan tema salji terbesar dan terawal yang dibina di China. Tetamu dapat menyaksikan keindahan seni arca salji yang diukir oleh para pengukir mahir, menikmati aktiviti
musim sejuk dan merasai suasana perayaan musim sejuk yang meriah.
- Melawat Sun Island International Snow Sculpture Art Expo yang merupakan taman hiburan dengan tema salji terbesar dan terawal yang dibina di China. Tetamu dapat menyaksikan keindahan seni arca salji yang diukir oleh para pengukir mahir, menikmati aktiviti
- Bermalam di Harbin.
HARI 5 : HARBIN [SP|MT|MM]
- Lawatan di Harbin:
- Melihat acara berenang ais pada musim sejuk.
- Melawat Volga Manor bangunan klasik didalam sejarah China dan Rusia yang dibina semula ini menunjukkan ciri-ciri seni bina Rusia, seni lukisan, arca dan menampilkan budaya eksotik Rusia.
- Melawat Ice and Snow World Ice Sculpture Exhibition yang terdapat banyak arca ais, arca salji dan bangunan, dan banyak bangunan diperbuat daripada ais tulen. Disini tetamu dapat melihat arca ais dan salji yang berlampu dengan pelbagai warna dan juga
boleh melakukan pelbagai aktiviti musim salji.
- Bermalam di Harbin
HARI 6 : HARBIN [SP|MT|MM]
- Lawatan di Harbin:
- Berfoto di Sophia Square kerana seni binanya yang menarik. Disini pelancong dapat menikmati pemandangan yang cantik, serta berfoto dan bersantai di sekitarnya.
- Bersiar-siar di Central Avenue dan dapat merasai seperti berada di sebuah bandar Eropah, serta melihat pelbagai sejarah seni bina yang indah.
- Berjalan-jalan di sekitar Harbin Flood Control Memorial Tower dan dapat melihat pemandangan indah Sungai dari menara ini.
- Berjalan di Middle East Railway Bridge-Glass Walkway yang merupakan jambatan kaca jernih serta dapat melihat panorama sungai dan bandar Harbin.
- Berjalan-jalan di Laodaowai Chinese Baroque yang dipenuhi dengan kedai-kedai, kafe, restoran tradisional dan disini menawarkan pengalaman yang kaya dengan budaya dan sejarahnya.
- Bermalam di Beijing
HARI 7 : BEIJING-KUALA LUMPUR
- Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
MALAYSIA AIRLINES
- Hari 1 : MH318 KUL-PKX [ETD 0040][ETA 0700+1]
- Hari 7 : MH319 PKX-KUL [ETD 0930][ETA 1600]
- Shenyeng – Dragon Drean Ruifeng Hotel [1 Malam]
- Jilin – Riyard Hotel [1 Malam]
- Changchun – Smart Choice Holiday lnn [1 Malam]
- Harbin – Jingchen Hotel [2 Malam]
- Beijing – Qianmen Smart Choice Holiday Inn [1 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.
-
Penginapan hotel bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan negara yang dilawati
-
Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
- Musim Panas : Jun - Ogos
- Musim Luruh : Sep - Nov
- Musim Sejuk : Dis - Feb
- Musim Bunga : Mac - Mei
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
RIME CORRIDOR
Melawat di Rime Corridor yang terkenal dengan pemandangan rime, fenomena semula jadi pokok dan tumbuhan diliputi ais kristal yang indah. Ia juga mempunyai aktiviti luar seperti bermain ski.
HARBIN WINTER SWIMMING
Menonton acara berenang ais pada musim sejuk.
SUN ISLAND SNOW SCULPTURE ART EXPO
Meluangkan masa di taman hiburan musim sejuk Sun Island Snow Sculpture Art Expo.
ICE & SNOW WORLD ICE SCULPTURE EXHIBITION
Mengunjungi Festival ais
dan salji terbesar di dunia
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.