BEIJING + UNIVERSAL STUDIOS + SKI RESORT

6 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-BEIJING 

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing

 HARI 2 : BEIJING [MT|MM]

  • Lawatan di Beijing:
    • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
    • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court. Tetamu pastinya merasa kagum dengan senibina China sebaik sahaja melangkah masuk melalui Meridian Gate. Tarikan paling utama di kota ini ialah Hall of Supreme Harmony yang menjadi dewan menghadap maharaja China dan perkahwinan diraja, disamping Palace of Heavenly Purity yang menjadi balai mesyuarat maharaja dan pembesar.
    • Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
  • Bermalam di Beijing.

HARI 3 : BEIJING  [SP|MT|MM]

  • Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.
  • Great Wall of China: Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368. Di seksyen ini berlakunya banyak peperangan dan pertukaran dinasti kerana tembok
    Juyongguan ini dibina bagi mempertahankan kota Beijing. Di sini juga tetamu dapat menikmati pemandangan indah
    pergunungan Guangou dan sungai.
  • Reignwood Pine Valley Ski Resort: Menikmati aktiviti ski dan snowboarding yang sesuai untuk semua peringkat serta menghayati pemandangan indah pergunungan bersalji.
  • Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan
    tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-temurun.
  • Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana
    rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
  • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling terkenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman
    Dinasti Ming lagi. Pelbagai jenis kedai menjual barangan moden dan antik, gerai-gerai makanan selain pusat beli-belah Beijing Mall dan Beijing Department Store.
  • Bermalam di Beijing.

 HARI 4 : BEIJING [SP]

  • Masa bebas untuk berhibur dan bermain bersama keluarga di taman tema Universal Studios Beijing yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Antara tarikan di situ ialah The Wizarding World of Harry Potter – Hogsmeade, Minion Land, Kung Fu Panda Land of Awesomeness dan banyak lagi.
  • Bermalam di Beijing

HARI 5 : BEIJING [SP|MT|MM]

  • Masa bebas untuk membeli-belah di Hong Qiao Market, kompleks membeli-belah terkenal hiasan permata boleh didapati disini. Selain itu, terdapat juga barangan elektronik, jam tangan, tas tangan, dan lain-lain lagi.
  • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Kham pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada
    1443 ketika Dinasti Ming.
  • Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
  • Membeli-belah di Xiushui Street juga dikenali sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
  • Bermalam di Beijing.

HARI 6 : BEIJING [SP]

  • Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan negara yang dilawati

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

koptravel universal studios beijing

UNIVERSAL STUDIOS BEIJING

Masa bersiar-siar di sekitar yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik seperti Harry Potter, Kungfu Panda dan Minion Land.

koptravel acrobatic beijing

ACROBATIC SHOW

Menyaksikan persembahan
penuh dengan illusi, mistik dan
mendebarkan di Acrobatic Show
pada sebelah petang..

koptravel niujie mosque

NIUJIE MOSQUE

Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang
dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Ge Tower.

koptravel forbidden city

FORBIDDEN CITY

Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming.
Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit
ini menjadi kediaman dan pusat
pemerintahan maharaja China
sehingga tahun 1924.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online