SHANGHAI + DISNEYLAND

5 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR-SHANGHAI [MM]

  • Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki penerbangan ke Shanghai
  • Lawatan ke Shanghai :
    • Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.
    • The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.
  • Bermalam di Shanghai.

 HARI 2 : SHANGHAI-SUZHOU-SHANGHAI [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Suzhou:
    • Couple Retreat Garden: sebuah halaman dipenuhi dengan pelbagai lanskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi kesempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.
    • Jinji Lake: sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou, terdapat beberapa kawasan yang terdapat disini seperti Li’s Causeway, dimana terdapat beberapa jambatan seperti jambatan antik dan batu disini serta Moonlight Dock, dimana tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah. Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental
      Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai
      bangunan Marina Bay Sand di Singapura, menandakan
      persahabatan antara Singapura dan China.
    • Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakan masjid utama disini yang dibina pada tahun 1928.
    • Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan disini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.
    • Shantang Ancient Street: sebuah perkampungan yang wujud dari Dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangan, dan disambung dengan membina beberapa batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu, dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan. Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan
      dapat dilihat disini.
  • Bermalam di Shanghai.

HARI 3 : SHANGHAI [SP|MT|MM]

  • Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl
    Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88.
    Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.
  • Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan
    terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan
    ia bar kopi Starbuck terpanjang di dunia.
  • Meluangkan masa untuk membeli-belah di Shanghai
    Gemstone Carving Hall dan Tongrentang Herb Center.
  • 1000 Trees Mall: keunikan bangunan ini digambarkan
    seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café, restoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini.
  • Bermalam di Shanghai.

 HARI 4 : SHANGHAI  [SP]

  • Masa bebas untuk berhibur dengan keluarga di Shanghai
    Disneyland, ia menawarkan pelbagai tarikan disini seperti
    Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan sebelum kembali ke hotel.

HARI 5 : SHANGHAI-KUALA LUMPUR [SP|MT]

  • Lawatan di Shanghai:
    • Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
    • Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa.
    • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

 

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

SHANGHAI DISNEYLAND

Menawarkan pelbagai tarikan disini seperti Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan
tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan
sebelum kembali ke hotel.

koptravel nanjing pedestiran street

NANJING PEDESTRIAN STREET

Pelancong dapat membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal

koptravel jinmao tower

JINMAO TOWER

Tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan
ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan
bangunan pencakar langit ini.

koptravel the bund

THE BUND

Pemandangan senibina bangunan bersejarah yang indah dan mencerminkan
perpaduan gaya eropah klasik dan art deco.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online