KASHMIR + AGRA + DELHI
Srinagar – Sonamarg – Gulmarg – Agra – Delhi
8 Hari 6 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR-DELHI
- Berkumpul di KLIA 2 untuk menaiki penerbangan ke Delhi
- Bermalam di Delhi.
HARI 2 : DELHI-SRINAGAR [SP|MT|MM]
- Bertolak ke Srinagar yang terletak di dalam daerah Kashmir dengan menaiki penerbangan domestIk.
- Lawatan di Srinagar:
- Melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu
Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Kedua-dua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India. - Nishat Bagh: Sebuah taman yang berteres sebanyak
12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake. Dibina pada tahun 1633 oleh Maharaja Shah Jahan dengan pemandangan indah menghadap tasik dan Zabarwan Mountains. Setiap teres dibina dengan senibina taman yang berbeza-beza dan di sini juga terdapat makam puteri raja Mughal. Teres ke-2 merupakan teres yang paling cantik dan menjadi tumpuan pelancong. - Shalimar Bagh: Taman yang dibina oleh Maharaja
Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden
yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of
Srinagar”. Banyak pokok dan bunga yang jarang
ditemui terdapat di sini dan musim terbaik untuk kesini adalah ketika musim bunga dan luruh di mana
pelancong dapat melihat pokok-pokok Chinar bertukar warna daunnya. Di sini juga terdapat sebuah dewan kediaman yang dibina menggunakan batu marble sebagai rumah tamu bagi tetamu diraja. - Melihat cara pembuatan karpet Kashmir yang ditenun
secara tradisional di Carpet Weaving Factory.
- Melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu
- Bermalam di Houseboat Srinagar.
HARI 3 : SRINAGAR-SONAMARG [SP|MT|MM]
- Melawat kawasan pergunungan di Sonamarg yang
bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road
yangmenyambungkan antara Kashmir dan Tibet. - Dengan ketinggian 2730 m, Sonamarg menawarkan
pemandangan panorama yang cukup indah meliputi
puncak-puncak gunung di sekitar Kashmir Valley
seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak
dan juga tasik-tasik sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake. - Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh menyewa
kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier
ketika musim panas. - Bermalam di Houseboat Srinagar.
HARI 4 : SRINAGAR-GULMARG [SP|MT|MM]
- Menikmati keindahan panorama yang menakjubkan di
pergunungan Gulmarg yang turut dikenali sebagai
Meadow of Flowers dengan menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola menuju ke puncak gunung setinggi 3950 m. - Gulmarg merupakan destinasi percutian yang terkenal
semenjak dari abad ke-16 ketika zaman Empayar Mughal lagi dengan tarikan pemandangan panorama indah pergunungan Himalaya di sekelilingnya dan juga sekitar kawasan ini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan yang tumbuh meliar ketika musim bunga dan musim panas. Selain itu, Gulmarg terkenal sebagai pusat golf dan juga sukan musim sejuk. - Antara tarikan yang terdapat di sini ialah Igloo Cafe
yang terbesar di dunia, Maharani Temple yang dibina
pada awal kurun ke-19 dan Maharaja Palace yang
dibina hujung kurun ke-18. - Bermalam di Srinagar.
HARI 5 : SRINAGAR-DELHI-AGRA [SP|MT|MM]
- Merasai pengalaman unik Shikara Ride menaiki sampan dari houseboat penginapan dan menyusuri sepanjang Dal Lake yang cukup luas dan mengambil foto pelbagai jenis houseboats yang unik yang terdapat di tasik ini, sambil berhenti sebentar di taman dan kebun sayur terapung.
- Menaiki penerbangan domestik menuju ke Delhi. Setibanya di Delhi, meneruskan perjalanan dengan bas persiaran menuju ke Agra.
- Bermalam di Agra.
HARI 6 : AGRA-DELHI [SP|MT|MM]
- Lawatan di Agra:
- Taj Mahal: Merupakan sebuah binaan yang dianggap
sebagai antara 7 keajaiban dunia kerana seluruh
kawasan kompleks ini dibina dengan simetri yang
tepat. Kompleks ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan
pada 1631 sebagai makam buat isterinya Mumtaz
Mahal. Keseluruhan kompleks ini dibina menggunakan
batu marmar putih dengan 4 buah menara dan kubah
bangunan utama mencapai ketinggian 73m. Tetamu
pastinya akan teruja dengan keindahan monumen ini
dan keseluruhan kompleks ini saat melangkah masuk
pintu gerbang utamanya. - Agra Fort: Sebuah kota pertahanan yang dibina
pada 1565 oleh bapa Shah Jahan, Maharaja Akbar
dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman utama
diraja Empayar Mughal sebelum berpindah ke Delhi.
Kota ini merupakan salah satu dari seni bina Islam
yang penting dan seluas 94 ekar menempatkan
sebanyak lebih 500 bangunan terdapat di dalam kota
ini. Tembok kotanya sahaja sudah setinggi 70 kaki.
Antara monumen penting di dalam kota ini ialah
kolam mandi Jahangir’s Hauz yang setinggi 5 kaki,
pintu Ghaznin Gate yang dibuat pada tahun 1030,
Shish Mahal yang indah dengan ukiran mosaic kaca
dan juga Musamman Burj yang merupakan sebuah
ruang istirehat air pancut terletak di tingkat atas
kegunaan Mumtaz Mahal.
- Taj Mahal: Merupakan sebuah binaan yang dianggap
- Bertolak menuju ke Delhi dan bermalam di Delhi.
HARI 7 : DELHI-KUALA LUMPUR [SP|MT|MM]
- Lawatan di Delhi:
- India Gate: Tugu peringatan yang dibina seakan pintu gerbang bagi 84,000 tentera India yang terkorban
sepanjang Perang Dunia Pertama. - Raj Ghat: Memorial yang dibina bagi memperingati
bapa kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri Pertama India. - Bersolat di Jama Masjid yang dibina oleh Maharaja
Shah Jahan pada tahun 1650 merupakan masjid yang
terbesar di India dan menjadi simbol kekuasaan
empayar Islam di India pada zaman Mughal. - Qutub Minar: Menara yang dibina di atas runtuhan
kota Lal Kot pada 1199 setinggi 72.5m dan merupakan
sebahagian dari kompleks masjid Quwwatul Islam. - Lawatan panorama bas melepasi Red Fort yang
dibina pada 1639 oleh Shah Jahan sebagai kota
pemerintahan Empayar Mughal, President’s Palace,
Parliament House, Birla Temple dan Lotus Temple.
- India Gate: Tugu peringatan yang dibina seakan pintu gerbang bagi 84,000 tentera India yang terkorban
- Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 8 : KUALA LUMPUR
- Tiba di KLIA
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
AIRASIA
- Hari 1 : D7182 KUL-DEL [ETD 2330][ETA 2215]
- Hari 7 : D7183 DEL-KUL [ETD 2330][ETA 0730+1]
MALAYSIA AIRLINES
- Hari 1 : MH190 KUL-DEL [ETD 1850][ETA 2150]
- Hari 7 : MH191 DEL-KUL [ETD 2300][ETA 0655+1]
- Delhi – Regent Grandl [2 Malam]
- Kashmir – Super Deluxe Houseboat/Milan Hotel [3 Malam]
- Agra – Pushpa Villa [1 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.
-
Tiket penerbangan domestik Delhi - Srinagar kelas ekonomi
-
Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Tiket masuk ke tempat lawatan : Taj Mahal & Agra Fort
-
Tiket menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola
-
Pengangkutan sampan di Shikara Ride Dal Lake
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa di Delhi & Agra
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Urusan permohonan visa (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri)
-
Kos ujian antigen atau PCR Covid-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati
-
Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
CHARYN CANYON
Dikenali sebagai Grand Canyon of Kazakhstan, salaj satu tempat pemandangan indah yang boleh didapati di Asia Tengah. Dicipta oleh Sungai Shayn, Charyn Canyon yang mengagumkan telah terhakis lebih dari 12 juta tahun, panjangnya lebih 9km
KOLSAY LAKE
Dikenali sebagai Mutiara Tien Shan, Kolsay Lake adalah satu tempat yang cantik & tersembunyi di Asia Tengah. Tasik ini dikelilingi hutan alpine yang cantik & bunga & beri liar. Tasik ini merupakan kebanggan rakyat Kazakhstan
CENTRAL MOSQUE
The Central Mosque adalah masjid ke-6 terbesar di dunia. Masjid ini dibina semula di atas tapak masjid yang telah terbakar pada tahun 1987. Seniukir & kubah besar masjid ini dihiasi dengan ayat-ayat Al-quran yang disenikan oleh kaligrafer Turki
ALMATY METRO
Melihat keunikan stesen Almaty Metro dimana setiap stesen keretapi ini dibina dengan tema tersendiri yang gah
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.