SCANDINAVIA 3 NEGARA
9 Hari 6 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR-DOHA-COPENHAGEN
- Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Copenhagen (transit di Doha)
HARI 2 : COPENHAGEN [SP|MM]
- Lawatan di Copenhagen:
- Frederiksborg Castle: Istana yang dibina pada abad ke-17 ini terletak di tepian tasik yang cukup luas dengan laman bunga yang juga luas, amat menarik sebagai tempat berfoto. Pernah mengalami kebakaran besar
pada tahun 1859. - The Little Mermaid: Tugu yang dibina di tepi laut sebagai memperingati legenda ikan duyung separuh badan manusia yang berasal dari negara Denmark.
- Gefion Fountain: Air pancut ini diukir pada tahun 1908 dengan menggambarkan sejarah kewujudan kota Copenhagen pada abad ke-10.
- Nyhavn: Kawasan yang paling ikonik untuk berfoto di Copenhagen dengan sederetan bangunan berwarna-warni yang terletak di hadapan pelabuhan canal.
- Amalienborg Palace: Istana kediaman rasmi keluarga diraja Denmark yang dibina pada 1760.
- Christianborg Palace: Dibina pada 1928, istana ini merupakan parlimen bagi kerajaan Denmark bersidang dan juga dewan rasmi kegunaan Raja Denmark menyambut tetamu rasmi negara.
- Rosenborg Castle: Istana kediaman rasmi keluarga diraja Denmark sejak dibina pada 1606 sehingga tahun 1760.
- Masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di Stroget.
- Frederiksborg Castle: Istana yang dibina pada abad ke-17 ini terletak di tepian tasik yang cukup luas dengan laman bunga yang juga luas, amat menarik sebagai tempat berfoto. Pernah mengalami kebakaran besar
- Bermalam di Copenhagen.
HARI 3 : COPENHAGEN-DFDS CRUISE [SP|MM]
- Lawatan di Copenhagen:
- Membeli-belah di Ringsted Outlet yang menampilkan butik-butik jenama terkenal seperti Calvin Klein, Levi’s, Lacoste dan Guess dengan diskaun istimewa.
- Menaiki kapal persiaran DFDS menuju ke Copenhagen melalui kawasan lembah Oslofjord dan bermalam di dalam kapal persiaran ini.
- Bermalam di kapal persiaran.
HARI 4 : OSLO-BYGDOY-GEILO/GOL [SP|MM]
- Lawatan di Oslo:
- Masa bebas untuk membeli-belah di kawasan majoriti Muslim di Oslo iaitu di Gronland dan bersolat di Islamic Cultural Centre Norway.
- Bermalam di Geilo.
HARI 5 : GEILO/GOL-FLAM-MYRDAL-GUDVANGEN-GEILO/GOL [SP|MM]
- Lawatan di Flam:
- Menaiki keretapi Flamsbana menuju ke Myrdal, di mana perjalanan ini akan membawa tetamu merentasi kawasan pergunungan dan lembah Fjord yang indah di Norway. Dianggap sebagai salah satu perjalanan
keretapi dengan pemandangan paling cantik di dunia. - Keretapi ini akan berhenti sebentar di air terjun Kjosfossen Falls setinggi 225m bagi memberi peluang kepada tetamu mengambil foto di sini.
- Pulang semula ke Flam menaiki keretapi Flamsbana dan menaiki pula kapal persiaran Fjord Cruise menyelusuri sepanjang lembah pergunungan Naeroyfjord yang tersangatlah cantik dan indah sehinggakan tersenarai di dalam UNESCO World Heritage List, menuju ke Gudvangen.
- Menaiki keretapi Flamsbana menuju ke Myrdal, di mana perjalanan ini akan membawa tetamu merentasi kawasan pergunungan dan lembah Fjord yang indah di Norway. Dianggap sebagai salah satu perjalanan
- Bermalam di Geilo.
HARI 6 : GEILO/GOL-OSLO-STOCKHOLM [SP|MM]
- Bertolak menuju ke Stockholm dengan menaiki keretapi laju dari Oslo Central station yang dibina pada 1987.
- Bermalam di Stockholm.
HARI 7 : STOCKHOLM [SP|MM]
- Lawatan di Stockholm:
- Drottningholm Palace: Istana kediaman peribadi keluarga diraja Sweden yang dibina kurun ke-16 dengan taman bunga yang cukup luas dipanggil Baroque dan English Garden. Terdapat juga di sini bangunan istimewa Chinese Pavilion yang berseni binakan kaum Cina.
- Stockholm Palace: Dibina pada 1760, istana rasmi diraja Sweden ini menempatkan pejabat raja dan istana di mana raja Sweden menerima kunjungan hormat diplomat dan pemimpin asing.
- Parliament House: Bangunan parlimen ini dibina pada 1905 berdekatan dengan Stockholm Palace dan menjadi salah satu bangunan ikonik di kota ini.
- Nobel Prize Museum: Bangunan kurun ke-17 ini menempatkan segala maklumat mengenai pengasas, pemenang-pemenang dan sejarah Nobel Prize.
- Membeli-belah di kedai-kedai cenderamata abad ke-17 sepanjang jalan kota lama Gamla Stan yang sebenarnya merupakan sebuah pulau kecil.
- Bersolat di Stockholm Grand Mosque yang pada asalnya dibina pada 1903 sebagai sebuah stesen janakuasa elektrik sebelum ditukar menjadi masjid pada 1999.
- Fjallgatan View Point: Dipanggil sebagai Stockholm’s Balcony kerana kawasan ini menawarkan pemandangan panorama pusat bandar Stockholm dan juga Djurgarden Island. Di sekitar sini juga, terdapat
bangunan dan rumah lama orang Stockholm tahun 1700an, dan kafe-kafe untuk berehat minum kopi sambil menikmati pemandangan.
HARI 8 : STOCKHOLM-SIGTUNA-DOHA [SP]
- Lawatan di bandar tertua di Sweden yang wujud sejak
tahun 980, Sigtuna:- Sigtuna Museum: Bangunan merah paling ikonik di bandar ini yang dibina di atas bekas tapak istana raja pertama Sweden, King Eric The Victorious. Muzium ini menceritakan tentang kepentingan bandar Sigtuna ini yang menjadi bandar terpenting di Sweden sejak dari zaman Viking hingga kurun ke-13.
- Sigtuna Radhus: Dewan bandar yang dibina pada tahun 1744 dengan menara jam ini dikatakan sebagai city hall yang terkecil di Eropah.
- Membeli-belah cenderamata di kedai-kedai kecil sepanjang jalan Stora Gatan yang wujud sejak beratus tahun lamanya.
- Bersiar-siar di tebing Lake Malaren yang mendamaikan dan berfoto dengan batu-batu berukir di sini tinggalan zaman Viking yang dipanggil Rune Stones.
- Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Doha).
HARI 9 : DOHA-KUALA LUMPUR
- Tiba di KLIA
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
QATAR AIRWAYS
- Hari 1 : QR4990 KUL-DOH [ETD 2100][ETA 2330]
- Hari 2 : QR161 DOH -CPH [ETD 0200][ETA 0725]
- Hari 8 : QR168 ARN-DOH [ETD 1510][ETA 2325]
- Hari 9 : QR4991 DOH-KUL [ETD 0150][ETA 1440]
- Copenhagen – Zlepp Hotel CPH Arena [1 Malam]
- NA – DSFS Ferry [1 Malam]
- Geilo – Vestlia Resort [2 Malam]
- Stockholm – Ten Hotel [2 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcak minyak & cukai penerbangan.
-
Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Tiket keretapi SJ Train dari Oslo - Stockholm & Flamsbana dari Flam - Myrdal - Flam
-
Tiket Fjord Cruise dari Flam - Gudvangen
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Travel & Covid-19 Insurans - Rujuk ejen berdekatan untuk pembelian premium insurans yang sesuai
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
- Musim Panas : Jun - Ogos
- Musim Luruh : Sep - Nov
- Musim Sejuk : Disember - Mac
- Musim Bunga : April - Mei
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
NYHAVN
Kawasan yang paling ikonik untuk berfoto di Copenhagen dengan sederetan bangunan berwarna-warni yang terletak di hadapan pelabuhan canal
KERETAPI FLAMSBANA
Perjalanan ini akan membawa tetamu merentasi kawasan pergunungan & lembah Fjord yang indah di Norway, dianggap sebagai salah satu perjalanan keretapi dengan pemandangan paling cantik di dunia
DROTTINGHAM PALACE
Istana kediaman peribadi keluarga diraja Sweden yang dibina kurun ke-16 dengan taman bunga yang cukup luas dipanggil Baroque & English Garden
KJOSFOSSEN FALLS
Berfoto di Kjosfossen Falls, air terjun setinggi 225 m
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.