TURKIYE + MT. ERCIYES
Istanbul – Ankara – Mt. Erciyes – Cappadocia – Konya – Pamukkale – Bursa – Istanbul
9 Hari 7 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR -DOHA-ISTANBUL [MM]
- Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Istanbul (transit di Doha)
- Bermalam di Istanbul
HARI 2 : ISTANBUL-ANKARA [SP|MT|MM]
- Topkapi Palace (First Courtyard): Kawasan istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
- Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula.
- Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
- Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar.
- Bermalam di Ankara.
HARI 3 : ANKARA-MT. ERCIYES-CAPPADOCIA [SP|MT|MM]
- Lawatan di Ankara:
- Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara di mana terletaknya Haci Bayram Mosque dan di sebelahnya peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus.
- Mousaleum Atarturk: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.
- Lawatan di Mt Erciyes:
- Mt. Erciyes: Menikmati suasana salji sambil menaiki kereta kabel dan meluangkan masa bermain salji di sini.
- Bermalam di Cappadocia.
HARI 4 : CAPPADOCIA [SP|MT|MM]
- Lawatan di Cappadocia:
- Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang amat indah di sini dengan formasi batuan yang unik.
- Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam kota bawah tanah ini bagi mengelak serangan musuh.
- Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12.
- Melawat kilang pembuatan barangan tembikar di Avanos Pottery & Art Center dan galeri pemprosesan batu permata Turquoise & Onyx Handmade Store.
- Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
- Bermalam di Cappadocia.
HARI 5 : CAPPADOCIA-KONYA-PAMUKKALE [SP|MT|MM]
- Lawatan di Cappadocia:
- Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun.
- Lawatan di Konya:
- Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan upacarakeagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah.
- Bermalam di Pamukkale.
HARI 6 : PAMUKKALE-BURSA [SP|MT|MM]
- Lawatan di Pamukkale:
- Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
- Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.
- Membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet.
- Bermalam di Bursa.
HARI 7 : BURSA-ISTANBUL [SP|MT|MM]
- Lawatan di Bursa:
- Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
- Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
- Membeli-belah makanan dan bahan masakan tradisi Turki di Turkish Delight & Oil Shop.
- Lawatan di Istanbul:
- Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
- Membeli-belah di Grand Bazaar yang merupakan antara pasar yang terbesar dan tertua di dunia dibina bermula pada tahun 1455 lagi dengan sejumlah lebih 4,000 buah kedai.
- Bermalam di Istanbul.
HARI 8 : ISTANBUL [SP]
PERLEPASAN 30 JAN & 8 FEB
- Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour
menyusuri sepanjang Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari yang merupakan kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden
Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh sultan Uthmaniyyah yang ke 31 dan Ortakoy Mosque yang merupakan masjid yang paling terkenal di Selat Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.
PERLEPASAN 8 FEB [SP|MT]
- Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.
- Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
HARI 9 : ISTANBUL-KUALA LUMPUR
- Tiba di KLIA Terminal 1.
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
QATAR AIRWAYS
- Hari 1 : QR845 KUL-DOH [ETD 1020][ETA 1305]
- Hari 1 : QR245 DOH-IST [ETD 1410][ETA 1840]
- Hari 8 : QR240 IST-DOH [ETD 1350][ETA 1750]
- Hari 8 : QR844 DOH-KUL [ETD 2015][ETA 0820+1]
- Hari 1 : QR845 KUL-DOH [ETD 0930][ETA 1215]
- Hari 1 : QR245 DOH-IST [ETD 1410][ETA 1840]
- Hari 8 : QR246 IST-DOH [ETD 2010][ETA 0010+1]
- Hari 8 : QR4991 DOH-KUL [ETD 0130][ETA 1355]
- Istanbul – Days Hotel by Wyndham [1 Malam]
- Ankara – Ankara Royal Hotel [1 Malam]
- Cappadocia – Kral Hotel [2 Malam]
- Pamukkale – Villa Lycus Hotel [1 Malam]
- Bursa – Kervansaray Bursa City Hotel [1 Malam]
- Istanbul – Days Hotel by Wyndham [1 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Penginapan bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Tiket masuk ke tempat lawatan : Underground City & Ancient Hierapolis City
-
Tiket kereta kabel di Mt. Erciyes
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Tiket masuk ke Topkapi Palace Museum dan lain-lain tiket masuk lawatan yang tidak dinyatakan
-
Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program
- Topkapi Palace Museum (Istanbul) : USD55/pax
- Hot Air Balloon (Cappadocia) : USD320/pax
- Jeep Safari (Cappadocia) : USD110
- Whirling Dervish Performance : USD35/pax
-
Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
- Musim Panas : Mei - September
- Musim Luruh : Okt - November
- Musim Sejuk : Disember - Mac
- Musim Bunga : April
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
MT. ERCIYES SKI RESORT CABLE CAR
Melawat Mt. Erciyes menggunakan cable car untuk bermain salji atau belajar bermain ski.
MEVLANA MUSEUM
Melihat keunikan rumah batu ala The Flinstones yang menjadi penempatan & kota pertahanan penduduk di sini sejak kurun ke-12
BOSPHORUS CRUISE
Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour menyusuri sepanjang Selat Bosphorus & melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah & Asia
HAGIA SOFIA GRAND MOSQUE
Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan Sufi Sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan Whirling Dervish & juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyah
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.