KOREA SPECIAL + HALF DAY CITY TOUR BRUNEI
7 Hari 4 Malam
ITINERARI PROGRAM
SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam
HARI 1 : KUALA LUMPUR -BRUNEI- INCHEON
- Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
- Tiba di Lapangan Terbang Seri Begawan.
- Lawatan di sekitar bandar Brunei.
- Bergerak ke Lapangan Terbang Begawan untuk meneruskan
penerbangan ke Incheon.
HARI 2 : INCHEON-CHUNCHEON [SP|MT|MM]
- Lawatan di Chuncheon:
- Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
Lawatan bulan Mac – November
- Petite France: Taman tema gaya Perancis yang telah
dibina pada Julai 2008. Konsep Petite Franc ialah ‘The Little
Prince’, nikmati pelbagai pengalaman danacara kebudayaan Perancis yang menarik bersama keluarga & rakan-rakan. - Soyanggang Skywalk: Rasai pengalaman berjalan kaki
merentasi Uiamho Lake di atas jambatan berlantaikan kaca
sepanjang 174m.
Lawatan bulan Disember – Februari
- Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort.
- Kos tambahan: Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa
peralatan ski 35,000 won. - Bermalam di Seoul.
HARI 3 : SEOUL [SP|MT|MM]
- Lawatan di Seoul:
- Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
- Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea. Berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
- Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di
puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo. - Membeli-belah di Ginseng Center dan Red Pine Tree Shop.
- Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
- Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.
- Bermalam di Seoul.
HARI 4 : SEOUL [SP]
- Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini
seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau
menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul. - Bermalam di Seoul
HARI 5 : SEOUL-INCHEON [SP|MT|MM]
- Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
- Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana
kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road. - Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.
- Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
- Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
- Melawat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
- Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 6 : INCHEON-BRUNEI
- Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Transit di Brunei.
HARI 7 : BRUNEI-KUALA LUMPUR
- Tiba di Kuala lumpur
JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ
ROYAL BRUNEI
- Hari 1 : BI872 KUL-BWN [ETD 1210][ETA 1435]
- Hari 2 : BI651 BWN-ICN [ETD 0020][ETA 0650]
- Hari 6 : BI652 ICN-BWN [ETD 2245][ETA 0305+1]
- Hari 7 : BI871 BWN-KUL [ETD 0850][ETA 1120]
- Incheon – Riviera Incheon Hotel [1 Malam]
- Seoul – Golden City Hotel [3 Malam]
PAKEJ TERMASUK
-
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan.
-
Penginapan bertaraf 4 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
-
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
-
Tiket masuk ke tempat lawatan : Nami Island, Gyeongbokgung Palace & Soyanggang Skywalk.
-
Pengangkutan feri ke Nami Island
-
Kos Pemprosesan K-ETA (untuk warganegara Malaysia sahaja)
-
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
-
Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.
-
Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
Urusan permohonan K-ETA (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri)
-
Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai
-
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah
-
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.
-
Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
-
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
-
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.
DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI
NAMI ISLAND
Pulau yang terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata & mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
GYEONGBOKGUNG PALACE
Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar di Korea.
PETITE FRANCE
Taman tema gaya Perancis
yang telah dibina pada Julai
2008. Konsep Petite Franc
ialah ‘The Little Prince’, nikmati pelbagai pengalaman dan
acara kebudayaan Perancis yang menarik bersama keluarga & rakan-rakan.
HANOK VILLAGE
Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong
Diraja Jongmyo.
Tempah Trip Anda Sekarang!
Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.