KOREA SARANGHAEYO

6 Hari 4 Malam

ITINERARI PROGRAM

SP : Sarapan Pagi | MT : Makanan Tengahari | MM : Makan Malam

HARI 1 : KUALA LUMPUR – INCHEON 

  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 @ 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
  • Bermalam di Incheon.

 HARI 2 : INCHEON-CHUNCHEON-SEOUL [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Chuncheon:
    • Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.

Lawatan bulan Mac – November

  • The Garden of the Morning Calm – taman ini mempamerkan keindahan semula jadi melalui susunan bunga yang menakjubkan dan taman-taman yang direka dengan indah. Sempurna untuk pencinta alam
    dan peminat drama Korea, latar belakang yang indah ini telah dipaparkan dalam siri TV popular seperti ‘Moonlight Drawn by Clouds.
  • INSPIRE Aurora LED Display, menampilkan skrin LED sepanjang 150m yang beresolusi tinggi di siling, dinding dan tiang, dengan ‘pertunjukan’ setiap 30 minit.

Lawatan bulan Disember – Februari

  • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort.
  • Kos tambahan: Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa
    peralatan ski 35,000 won.
  • Bermalam di Incheon.

HARI 3 : SEOUL [SP|MT|MM]

  • Lawatan di Seoul:
    • Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
    • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea. Berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
    • Membeli-belah di Ginseng Center dan Red Pine Tree Shop.
    • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
    • Melawat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
    • Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
    • Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.
  • Bermalam di Seoul.

 HARI 4 : SEOUL [SP]

  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini
    seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau
    menaiki keretapi subway bersiar-siar di kota Seoul.
  • Bermalam di Seoul

HARI 5 : SEOUL-INCHEON [SP|MT|MM]

  • Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di
    Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit
    antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo.
  • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
  • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.
  • Membeli-belah di Cosmetic Shop.
  • Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
    • Hongdae Shopping Street, tempat tumpuan popular untuk remaja dan pelancong. Dapat melihat persembahan busking dan terdapat pelbagai jenis kedai pakaian, aksesori dan kosmetik, serta kafe hipster.
  • Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 6 : INCHEON-KUALA LUMPUR 

  • Tiba di KLIA Terminal 1 @ 2

JADUAL PENERBANGAN & PAKEJ

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak & cukai penerbangan.

  • Penginapan bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.

  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.

  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Nami Island & Gyeongbokgung Palace.

  • Pengangkutan feri ke Nami Island

  • Kos Pemprosesan K-ETA (untuk warganegara Malaysia sahaja)

  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.

  • Perkhidmatan ketua rombongan & pemandu pelancong yang professional.

  • Tip pemandu pelancong & pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Urusan permohonan K-ETA (perlu dilakukan oleh travel agent sendiri)

  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat & pembelian premium insurans yang sesuai

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak & cuti sekolah

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi & porter.

  • Makan minum, tiket masuk lawatan & tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.

  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program & pakej termasuk.

DESTINASI MENARIK DALAM TRIP INI

koptravel haneul park

HANEUL PARK

Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitar berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan
360° kotaraya Seoul.

koptravel gyeongbokgung palace

GYEONGBOKGUNG PALACE

Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar di Korea.

koptravel myeongdong market

MYEONGDONG MARKET

Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market & Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.

koptravel hanok village

HANOK VILLAGE

Sebuah perkampungan  tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong
Diraja Jongmyo.

Tempah Trip Anda Sekarang!

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan kongsikan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Buat Tempahan Dengan Pembayaran Deposit Secara Online