PAKEJ UMRAH PERJALANAN
12 HARI 10 MALAM

ITINERARI PROGRAM

 HARI 1: KUALA LUMPUR – MADINAH

  • Berkumpul di KLIA untuk penerangan dan proses check-in oleh wakil kami. Setiba di Madinah, jemaah akan disambut oleh wakil kami dan akan terus ke hotel untuk pendaftaran masuk, berehat dan aturcara bebas.

 HARI 2: MADINAH

  • Selepas sarapan, ziarah ke Masjid Nabawi, Makan Rasulullah s.a.w., Raudhah dan perkuburan Baqi’.

 HARI 3: MADINAH

  • Aturcara bebas bagi para jemaah untuk beribadah. Berehat dan mengenali Kota Madinah.

 HARI 4: MADINAH – JABAL UHUD

  • Selepas sarapan, ziarah diteruskan ke Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh. Membeli belah di  Ladang Tamar. 

 HARI 5: MADINAH

  • Aturcara bebas bagi para jemaah untuk beribadah, berehat dan megenali Kota Madinah.

 HARI 6: MADINAH – MEKAH

  • Selepas sarapan, jemaah dinasihatkan meletakkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik di mana petugas hotel akan membawa turun bagasi tersebut ke lobi. Aturcara bebas untuk mengerjakan Ziarah Wada’ sebelum berangkat ke Mekah. Perjalanan ke Mekah bermula jam 1200 tengahari dan akan berhenti berMiqat di Bir Ali. Setiba di Makah, terus ke hotel untuk pendaftaran dan makan. Kemudian jemaah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah iaitu Tawaf, Saie dan bertahlul.

 HARI 7: MEKAH

  • Aturcara bebas bagi para jemaah untuk beribadah, berehat dan mengenali Kota Mekah

HARI 8: MEKAH – JAARANAH

  • Ziarah ke Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Masjid Nammeirah, Mina dan melalui letiga-tiga tempat melontar Jamratul Aqaba, Jamratul Ula dan Jamratul Usta. Kemudian berangkat ke Jabal Nur dan Jaaranah dan bermiqat.

 HARI 9: MEKAH – HUDAIBIYAH

  • Ziarah Hudaibiyah dan bermiqat

 HARI 10: MEKAH

  • Aturcara bebas bagi para jemaah untuk beribadah, berehat dan mengenali Kota Mekah.
HARI 11: MEKAH -JEDDAH  – KUALA LUMPUR
 
  • Selepas sarapan, Jemaah dinasihatkan meletakkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik di mana petugas hotel akan membawa turun bagasi tersebut ke lobi. Selepas tawaf wida’, bertolak ke Jeddah untuk pulang ke tanah air.

HARI 12: KUALA LUMPUR

  • Alhamdulillah selamat pulang ke tanah air, semoga mabrur.
 

JADUAL PENERBANGAN, HARGA& Hotel

pakej termasuk

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dari Kuala Lumpur/Madinah/Jeddah/Kuala Lumpur. Sekiranya pihak airlines mengenakan 'surcharge' maka harga akan bertambah mengikut amaun 'surcharge' tersebut.

  • Penginapan di hotel pilihan atau setaraf mengikut pakej.

  • Penyediaan makanan, perkhidmatan pengangkutan, ziarah & lawatan seperti itineri. 

  • Khursus Umrah dan khidmat Mutawwif di Jeddah, Mekkah dan Madinah.

  • Pengurusan pemohonan VISA dan insurans rawatan di Hospital Saudi.

  • Kos insuran perjalan (TPA).

  • Pengurusan daftar masuk/keluar di KLIA dan hotel.

  • Beg baju, beg silang dan buku panduan Umrah.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Makanan dengan perbelanjaan sendiri semasa di R&R dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah. 

  • INGIN BUAT TEMPAHAN

Anda hanya perlu whatsapp kami dan kami akan  kongsikan pada anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.